Wednesday, December 29, 2010

SEBIRU HARI INI-edcoustic



Sebiru Hari Ini
Birunya Bagai Langit Terang Benderang
Sebiru Hari Kita Bersama Disini

Seindah Hari Ini
Indahnya Bak Permadani Taman Surga
Seindah Hati Kita Walau Kita Kan Berpisah

Bukankah Hati Kita Telah Lama Menyatu
Dalam Tali Kisah Persahabatan Ilahi
Pegang Erat Tangan Kita Terakhir Kalinya
Hapus Air Mata Meski Kita Kan Berpisah

Selamat Jalan Teman
Tetaplah Berjuang
Semoga Kita Bertemu Kembali
Kenang Masa Indah Kita Sebiru Hari Ini


Lagu dan Kord Gitar ” Sebiru Hari Ini “
Artis ” Edcoustic “

p/s: kita semua bersahabat.sesungguhnya org mukmin itu bersaudara
sama2 lah kita berjuang menolong agama Allah.insya Allah

Thursday, December 9, 2010

Kau pergi

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

Artis : FeelHoney
Komposer : Copyright Controlled (originally composed by Beethoven)
Penulis Lirik : Hasbi Hj Muhd Ali (Neurotic Studio)
Susunan muzik : Abd Halim Ahmad (Neurotic Studio)


sahabatku,sudah hampir 4 tahun kau pergi..kau pergi bukan utk seketika,bukan 1 tahun,bukan 2 tahun..tapi kau pergi buat selama-lamanya.sungguh tragis pemergianmu.4 tahun yg lalu kau telah terlibat dgn kemalangan jalan raya iaitu kau di langgar lori sementara kau hanya bermotosikal.sungguh memilukan lagi tempat kejadian adalah hampir dgn rumahmu. 4 tahun yg lalu,sewaktu hendak pulang ke rumah selepas pulang dari sekolah (setelkan urusan kemasukan u) kau telah di langgar oleh sebuah lori yg datang dari arah bertentangan.sungguh Allah lebih menyayangimu..kau pergi meninggalkan keluargamu,sahabat2mu..

sahabatku,kita mengenali semasa kau mula berdaftar masuk ke kelas 4 Kenari.kau merupakan pelajar baru ketika itu yg berpindah ke Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan kerana mengikut ayahmu yg bertukar ke sekolah itu.ayahmu adalah guru penolong kanan hal ehwal murid di sekolah itu. pada tahun yg berikutnya,kita masih sama2 belajar di kelas yg sama iaitu 5 Kenari. begitu juga ketika darjah 6.kita masih bersama menimba ilmu di kelas yg sama.kau merupakan pelajar yg aktif bersukan,kalau bukan hoki,bola sepak..kalau tak silap kau wakil sekolah..ha,ada suatu hari aku,kau dan kawan yg lain pernah kena denda sama2 sebab tak siap kerja sekolah..kita kena denda kat tapak perhimpunan sambil kena siapkan kerja sekolah tersebut.huh ketua pengawas kena denda..sape?kau la..tu kenangan yg tak boleh lupa..sebab sebelum tu kita tak pernah pun kena denda lagi2 ngn cg BM tu,cg tu baik tp tetiba kita kena denda.tu la,tak buat kerja sangat..

Sahabatku, lps darjah 6 kita sama2 bawa diri ke sekolah menengah..kau daftar form 1 di Sultan Ismail College (SIC) manakala aku plak di sekolah agama..masa form 1 tu familyku berpindah rumah yg mn berdekatan dgn rumahmu.namun kita tak pernah bertegur sapa kalau berjumpa.tak macam masa kt sekolah dulu (sekolah rendah).sama2 malu,maklum la dh besar panjang.antara lelaki dan perempuan ada batas pergaulannya.kita hidup berjiran,family aku dan kau sama2 baik antara 1 sama lain.tp aku tak pernah pergi rumah kau...walaupun family aku berkunjung ke rumah kau tapi aku tak sebab malu..aku pernah terfikir,bila la aku akan jejak kaki ke rumahmu...rupa2nya,aku menjejakkan kakiku ke rumahmu utk menatap sekujur badanmu yg tidak bergerak lagi...tak aku sangka..lemah segala urat sendiku saat melihatmu buat yg terakhir.tidak pernah terlintas pun akan ke rumahmu utk melihat jenazahmu..aku telah kehilangan seorang sahabat buat selamanya..sungguh aku tidak percaya...

sahabatku,aku doakan moga dikau aman di sana.moga dikau bersama para solihin..kau sahabatku kau teman sejati...al-fatihah.

Saturday, December 4, 2010

Dia penyembuh luka

Tika titis air mata jatuh ke bumi,
biarlah hanya Allah yang mengetahui,
kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia
kepada hati dan naluri.
Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada
banyak yang melalaikan.
Ujian Allah datang kerana kasih-Nya pada hamba-Nya,
agar iman terus meningkat,
hati semakin dekat,
dn jiwa lebih akrab dengan-Nya..

Friday, November 26, 2010

Cintaku

Cintaku tak berdusta,
Tak mengenal ingkar,
Tak kenal nestapa.
Cintaku hanya indah,
Hanya bahagia untuk selamanya..
Apa yang ku rasakan ini,
Persembahan untuk diriMu,
Kau dengarkan Kasihku.......

MencintaiMu tak mengenal waktu,
Tak mengenal puitis,
Hanya tulusnya hati.
MencintaiMu tak mengenal ragu,
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu,
Selalu..........
ameen.

Wednesday, November 24, 2010

PART TIME

Assalamualaikum....



Selamat bercuti kpd sahabat2 UIA..cuti semester masih ada beberapa hari lagi. result exam akan kuar 6/12 ni.hanya beberapa hari lagi.mesti semua dh berdebar kn dan ada juga yg tak sabr2..smg kita semua mendapat keputusan yg baik,cemerlang setelah kita dh usaha.insya Allah.sama2 doakan.amin..

Cuti saya kali di habiskan dgn membuat part time job kt mahallah office mahallah Aminah,Uia (mahallah kesayangan..huuu).kerja sy check block including defect electric,cleaness room, and failing report2 tu..saya bekerja bersama 2 org kwn yg lain. sorang kwn mmg dh knl iaitu wani and sorang lagi amna, dak PG (master in education) br je knl..alhamdulillah,peramah gak dye.persamaan antara kmi bertiga ialah,umur..kami walaupun amna tu dh master tp sebaya ngn kmi berdua...hm, rutin2 saya ialah masuk ofis jam 9 am and balik jam 5 ptg.pagi2 kami akan naik blok (check blok) and petang plak kami dok ofis je, bukan goyang kaki tp goyang tangan n gerak mulut....haha.gurau je.ptg plak kmi akan berada di ofis wt failing (mcm keje ofis biase la)..huh,dok dlm ofis mmg best tapi BEKU..sejuk bangat (mcm dok kt kutub utara).sweater n stokin menjadi benda wajib masa dok dalam ofis..

Hm, best ngat keje kt mahallah ofis ni..dpt kenal rapat ngn staff mahallah yg tak berapeknl sangat before ni. Kak Nor ( Asst. hostel manager), k.ina, k.ifah, k.fiza(IP)..mereka semua ni baik n peramah.suka bekerja dgn mereka. yg tak sangka dgn k.ina yg selama ni sume bdk2 pakat tak berape suke ngn dye.kate mereka k.ina ni garang, sombong n macam2 lagi..hah,belum kenal belum taw la.actually k.ina ni baik..peramah dan kelakar org nya..hah,don't judge book by it cover ya. sume peramah n mesra..ada suatu hr yg lepas, ade international student (new student) dtg ofis tuk register.kami layan ngn baik sekali,mesra2,siap gelak2 lgi (dh lupa lwak psl apa),so dia kata tak pernah jumpa staff yg mesra n baik mcm ni.sebab sebelum dia dtg mahallah aminah,dia ada pergi ke mahallah lain tapi keadaan staff di mahallah tersebut berbeza.katenya staff kt sana sngat serius, takut tgok..huu. itu kelebihan di mahallah aminah..hehe.

Kerja kt mahallah ofis ni x stress pn..rilex2 je.kadang2 makan,tgok tv,baca paper, online tenet samaada fb (saya sempat lagi layan nasyidFm..hee) and yg tak tahan ( tak bleh blah) cuci mata tgok catalog barangan..huu.sempat lagi.rilex je..k.Nor yg punya.ada antara kami yg siap order lgi..haaha.sangat baik ngn mereka.alaupun saya n kwn2 hanya pekerja part time tp mereka aggap biasa je..thanks.

ha, nk cerita pasal k.effa (staff).k.effa ni pregnant 3 bulan lebih tp nampak biasa je. apa yg menarik kt k.effa ni pasal perkahwinan dia ngn husband nya.hah,mereka kahwin lps kenal kt YM..hm,macam cite Biarlah Ym berbicara plak (novel).huh,masa dgr cite dia ni saya baru abis baca novel tu..hm,k.effa bercinta kt YM. tak sangka hubungn mereka akhirnya berakhir dgn perkahwinan.alhamdulillah.mcm tak percaya plak.itu la jodoh nmnya..sebelum ni k.effa dh bnyak bercinta tp tak menjadi..dan suaminy yg sekarng dlah jodoh.sesngguhnya Allah dh tetapkan jodoh yg terbaik utk hamba-Nya.

Pastu nk cite pasal k.nor plak..saya sngt respect kt K.Nor ni.dia seorang yg tinggi motivsi, bersemangat..rupa-rupanya K.nor ni br je konvo bulan 10 yg lps kt Uia ni la dlm jurusan bisness (part time).walaupun busy ngn kerja as a asst manager hostel (org kuat mahallah ofis) tp masih ada masa study..bukan tu sj malah k.nor pun ada tanggungjawab lain lgi as a mother n wife..tanggungjawab kt family..tp still can carry on.study 4 years gk (sama mcm kita yg amik degree la).Actually k.nor ni dh lama abis diploma (UITM) tahun 1987 lagi, tahun 2006 yg lalu sambung study..walaupun dh lama abis study tp masih bersemangat belajar.sya sangat kagum kt k.nor.credit to her.

owh,setakat ni sahaja cerita saya..to be continue..

Thursday, November 18, 2010

~Stanza Cinta~

Berderai mata hatiku
mendera semua harapan
Selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu.
Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami
Di bawah naungan cinta-Mu
alirkan bahagia di redha-Mu
Kutidurkan mimpi indah ini
pada-Mu yang menggenggam takdir
Kusandarkan harapanku ini
pada-Mu ya Ilahi
kusimpan dalam hati
Stanza Cinta.
Lirik: Nurull halawati & Dodi Hidayatullah
Lagu: Dodi Hidayatullah

rujuk dari: novel Stanz Cinta

PENGORBANAN


Assalamualaikum...

Pengorbanan bukanlah suatu yang mudah.
bukan juga suatu yang indah.
Namun, pengorbanan akan menjadi mudah lagi indah
jika ia kerana ALLAH.
Demi cinta kerana Allah,
Nabi Ismail merelakan dirinya sebagai korban.
Demi cinta kerana Allah,
Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya yang tercinta..


adakah anda telah membuat pengorbanan?ye,sebagai seorang pelajar,
kita perlu berkorban untuk berjaya.
kejayaan tidak akan tercapai tanpa pengorbanan; samaada masa dan wang ringgit.
bak kata pepatah melayu "yang bulat takkan datang bergolek,yang pipih takkan datang melayang". renung-renungkanlah dan selamat beramal :-))


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kpd semua saudara seISLAM di seluruh dunia tak kita di mana anda berada. Laksanakanlah ibadah korban dengan hati yg IKHLAS agar mendapat keredhaan-Nya. Insya Allah. amiin.

Monday, November 15, 2010

Setiap Detik Merinduimu..

Ingin ku coretkan,
ingin ku luahkan rasa hati ini,
rasa yg tidak terkata,
rasa bahagia,
bahagia mengenali dirimu

dan kini aku merinduimu,
akan merindui,
sentiasa rindu,
rindu kepadamu tidak akan hilang,
setiap saat dan ketika,
setiap detik merinduimu...



Sunday, November 14, 2010

Penutup Sem 1 2010/2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,sedar tak sedar dah ke penghujung sem 1 sesi 2010/2011. cepatnye masa berlalu.esok hari last exam. alhamdulillah saya dah abis exam petang semalam lagi (13/11/2010).tapi masih lagi di UIA. Insya Allah akan pulang ke kg halaman tercinta (mcm dok oversea la plak) 15/11/2010 (isnin malam). kat UIA ni dh sunyi dan lengang sedikit. ramai student yg dh balik,dh abis exam terus.tapi saya tak,masih setia di uia.tak mcm sem2 lepas ,bila dh abis exam terus ilang...hehe.tu la kate kwnku.sem ni je,melekat kt uia lama.

hari tu exam start 01/11/2010,ngn Arabic Syntax 2 (nahu). soalan mantoopp betoi. tak pernah terlintas pun soalan mcm tu. before ni lecture tu tak pernah pun wt soalan se'hebat' ini.ingt ke saya sorang yg terasa kesusahannya namun sahabat2 yg lain pun sama.sabar ye sahabat.lps 1hb, 2, 3.hm tiga hari berturut2,rasa nk pengsan je masa tu.alhamdulillah, 13/11 abis exam,paper QPT-Quranic Propetic Text (nm subjek in english but study in arabic la).mengarang arab la ptg semalam.lps exam semalam, tak sangka ada org belanja mkn sempena my past besday and celebrate abis exam.tq to my adik; farhan jauhar.

nk cerita psl sem ni,bnyk cerita..huhu.sem ni sangt penat,rasa diriku tak terurus.stat awal sem sehingga la dekat nk exam baru stop. awal2 sem hari tu aku g pangkor.mcm yg aku dh cerita kt entry sblum ni.best sangat.lagi2 free,org sponsor.hehe.handle program moivasi utk pljr SPM. best betul la kt Teluk Dalam Resort, Pangkor tu.mg dpt jejak kaki ke sana lagi.

sem ni sangat best blaja.amik 17.5 je tp 9 subjek termasuk tilawah n ledership..ms nk dekat exam bru perasan,walaupun cuma 17.5 tp bnyk subjek.biasanye kalau 7 subjek 21 CH..amik subjek yg 2 CH.walaupun 2 CH je tp bnyk keje,asgment,projek.huh.ntah mcm mn la result nanti..sama2 lah kita doakan kejayan bersama.amin.

perkara yg tak boleh lupe blaja sem ni ialah kls QPT ngn Ustzh Azan.lect yg sngt baik pd sy n kwn2 yg lain.utk kls yg last ustzh belanje kami mkn kek coklat.wow,bestt..sangt terharu n tak sangka.ustzh dtg jauh2 bawa kek.luv u.ustzh Azan seorg yg baik hati,open minded,n bertolak ansur.beliau menerima pandangan org lain,katanya setiap org mempunyai pendapat masing2 n berhak menyuarakan pendapatnya.dan ustzah suka mengaitkan pembelajaran dgn situasi skrg.beliau tak nk juz dpt ilmu semata tp x dapat nk solve problem.ap yg dipelajari mesti dikaitkan dgn situasi n keaadan yg berlaku di sekeliling kita..bila tengok lect ni teringat plak kt sorang ustzh sy ms kt sekolah dulu.lebih kurang la character mereka.baik ustzah ni dh lebih kurang 4 tahun tak jumpa.mg dpt jumpa.

pastu kls Arabic phonology (ilm al aswat) n al maani.dua2 subjek ni d ajar oleh dr fouad.ni pun best gak.lect ni dr iraq (kalau x silap,lupe la.maaf kalau salah).dr fouad ni sorang yg baik hati gak.memahami.beliau phm student dye.dr fouad mengajar mengikut ability student. tak memaksa student.beliau jg seorng yg kelakar..yg kelakar ialah beliau ckp bhasa melayu salah.kmi budak2 kt kls gelak besar.dr fouad ni suke belajar bahasa melayu. itu apa?apa itu..ayat yg beliau selalu guna.best belaja ngn dr fouad.mudah fhm sebb dye akn terangkan sehingga kita betul2 fhm.pastu beliau bg masa plak utk kita discuss ngn kwn ap yg kita tak faham. tq Dr Fouad

waduh2 dh pukul 1 pun.sudah ngntuk,penat mengemas seharian.ok,berhenti di sini ye.lain kali sambung lagi...


pemandangan Pangkor Island


last day kls QPT..miss u ustzh Azan


i-MEF'10

Report i-MEF '10

Last 9 October 2010, we, Src Sports of IIUM held a futsal tournament that is Intervarsity Mega Futsal Tournament '10 (i-MEF). It held in conjuction with 26th IIUM CONVOCATION FIESTA (CONVEST '10) and collobration with IIUM Sports and Recreational Centre. Before 09 October, we held a manager meeting for all team (08 October at LT 2 KAED). The meeting about rule and regulation of tournament.

23 male team and 8 female team were participated in this tournament. Lim Kok Wing University also participated in this tournament. i-MEF '10 was held over two days from 09/10 and 10/10. On the first day (09/10) only male played which held at IIUM Male Sports Complex while the tournament among female started at second day (10/10) at Female Sports Complex. The tournament was run smoothly without having any problem. The closing ceremony of i-MEF '10 was held at IIUM Male Sports Complex. All of players either male and female were gather there. Prizes to the winners was presented by En Ariffizulfitri Abu Kasim; sports officer of IIUM Sports & Recreational Centre. The champion for male is Golden team that is international team while for female is Kuantanamoes that is the only participant from IIUM Kuantan Campus.


Prepared by:

Wan Nurul Faizah Bt. wan Idris,
Secretary of Intervarsity Mega Futsal Tournament '10

-------------------------------------------------------------------------------------------------

setelah sekian lama berakhirnya i-MEF '10,baru sekarang sempat menulis. first of all, thanks a lot to all committees i-MEF '10(mainboard & subcom) yg menjayakan program ini. akhirnya program ini berlangsung setelah mengalami pelbagai rintangan.sebagai ganjaran bg org2 yg bersabar maka program ini telah berjalan dgn lancar pada hari yg ditetapkan.Alhamdulillah.

Alhamdulillah,banyak yg telah saya pelajari sepanjang meng'handle' program ini.terutamanya tentang tugas2 seorang setiausaha.this is my 1st time as a secretary for the big programme (boleh dikatakan bsr jugak la).i have no experience for this.antara yg saya pelajari ialah penulisan surat samaada invitation letter,request letter and so on.saya juga belajar cara write letter for IIUM Rector,protocol.sekarang baru saya tahu.bukan senang taw.tugas sbg setiausaha banyak menguji kesabaran saya.yela,semua benda su kena tahu,kena buat.panjang kalau nk cerita semua,bukan setakat surat menyurat je.semua org akn refer su.huh,penat. nk dikatakan sebelum program ni berlangsung,tiap2 hari ulang alik SRC office and S-DEV. pukul 1am still ade kt SRC office utk siapkan surat sehingga tak perasan dh lewat mlm.PENGALAMAN.hm,pernah juga awal2 nk resign tp my respected Programme Manager tak bagi.dh ditakdirkan saya menjadi su maka jd la.sebelum ni,saya selalu mengelak utk ambil tugas sbg su namun pd kali tak lagi.ada hikmahnya.
Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan seseorang itu berupaya menghadapinya.

Jadi,sekali sekala kita kena try sesuatu yg baru.selagi kita lari menjauhkan diri,ia akan hampir.buatlah sesuatu yg baru krn di situ ada pelajaran baru untuk kita.apa yg baik,jadikan panduan dan apa yg tidak baik jadikan pedoman.wallahu a'alam.

wassalam.


p/s: thanks to our big bos faris;chairperson Sports, tq to secretary central yg membantu 'check' surat2, Asst Exct. Manager of CONVEST;kamarul tq bnyk membantu edit surat,n tlg mcm2 lg. tq to all yg membantu secara langsung n tidak langsung.yg tak sebut nama pun.SYUKRAN.jazakallahu khairan kathira.


commitees i-MEF '10 with bro firwan President SRC


team crew_gurlz and kuantanamoes


penonton yg menyaksikan final match for male at IIUM Male Sports Complex


Wednesday, November 10, 2010

MAKAN-MAKAN

Assalamualaikum..

Hari ini dalam sejarah..???apekah??

Alhamdulillah,hari ni (10/11/2010) i had a great lunch with my team work (src sports).makan2 sama-sama kt evoke.walaupun tak semua yang datang tapi best la,enjoy and happening.antara yg datang ialah kak pazni,k.tikah,ain,zul,shafei and lastly akmal.yg lain2 (termasuk bos;faris) busy n ada hal masing2, ade juga g dh balik,al-maklum lah exam abis awal.tq kt ain sbb walaupun dh abis exam tp tak balik lagi n join mkn sama..

ha,macam2 berlaku.kecoh juga la.gelak non stop.ada yg buat lawak.pandai betul..sape?itu la ust zul kita(pembaca doa).dh kumpul ramai2 (walau tak seramai mana), banyak la dpt info baru.."eh,korang rupenye boleh gelak?aku ingat ke tak tahu gelak,ye la time meeting serius je.. " kata ust zul..huu.aah,baru perasan masa meeting kami (perempuan melayu terakhir) serius je.biasa la time buat keje..perempuan buat keje serius taw.. :-).sebenarnya banyak benda yg kami tak tahu antara sama lain.asal mana pun tak tahu.itu la masalah.kerja antara satu sama lain tapi asal negeri pun tak tahu.jadi,tak rugi la kami keluar makan sama2,boleh menguatkan lagi ukhuwah antra kami..

Hari ini dalam sejarah..first time kami makan sama2 kt luar..dan kongsi serba sedikit cerita perihal diri masing2.insya Allah,next sem kalau ada rezeki kita buat lagi..lagi BEST.makan2 harini sebab nak jumpe k.tikah n k.pazni yg dh nk grad,sem ni last.tu la sebabnya.for the last,thank you my friends.... luv u all.fren forever..insya Allah.


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

Friday, November 5, 2010

T.E.N.A.N.G & S.A.B.A.R

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [At-Tagaabun: 11]

Wednesday, November 3, 2010

E.X.A.M

Bismillah..

Exam..peperiksaan..sinonim dgn student.siapa yg bergelar pelajar maka word 'exam' tu dh lali bg mereka.exam tu dh sebati dgn mereka.skrgni musim exam bg pelajar IPT.so,sy nk ucap gud luck & all the best to u all..buat la yg terbaik..jgn risau kalau xdpt jawab.ap yg penting kita dah berusaha.Allah menilai usaha yg kita lakukan bukan RESULT exam kita (dpt bape bnyk pointer).sepanjang exam ni,study2 gak tp hubungan dgn Allah jgn lupa,jgn abaikan,tu yg penting.sbb segalanya di tangan Allah.selalu lah berdoa kpd Allah setelah berusaha..and then tawakkal.

01/11/2010 - Arabic Syntax 2
02/11/2010 - Mantiq
03/11/2010 - arabic Phonology
06/11/2010 - counseling skills for teachers
07/11/2010 - Philosophy of Islamic Education
09/11/2010 - Ilm Maani
13/11/21010 - Quranic Propetic History

my exam schedule..smg segalanya berjalan dgn lancar.
Ya Allah Ya Tuhanku,permudahkan segala urusanku.amiin.

03112010


Alhamdulillah..syukur pd Allah kerana masih memberi peluang untuk aku hidup. hari ni adalah hari lahirku yg ke-22 (x sangka).setelah berbagai onak duri yg aku tempuhi sepanjang perjalanan mencari keredhaanNya,aku masih mampu utk terus berdiri dan berlari.alhamdulillah.



03112010, tarikh lahirku pd tahun ini yg jatuh pada musim 'exam'.dah 2 kali hari lahirku di musim 'exam'.lagi 2 kali la sambut ms 'exam' (kalau kira abis belajar la),kite merancang namun Dia yg menetapkan segalanya.hari ni hari ke3 exam,alhamdulillah sedikit sebanyak boleh la tahan soalan exam 'arabic phonology/ilm aswat'.tak macam paper mantiq dan arabic sytax 2 yg lps.soalan tu...hanya Allah saja yg tahu.tak sangka soalan mcm tu.semua tu dah berlalu.yg lalu jd kenangan.aku berserah kpdNya.sekarang masih ada lagi 4 paper..semoga segalanya akan berjalan dengan lancar hendaknya..amiinn.



seterusnya ucapan terima kasih tidak terhingga kpd sahabat2 yg bg ucapan hari lahir kt aku samaada thru fb,msg kt fon or directly face to face.tq to u all atas ingatan anda semua pd sy.syukur dikurniakan sahabat seperti kalian.mg ukhuwah yg terjalin antara kita kekal abadi hingga ke akhir hayat dan mendapat keredhaanNya.amin.tak lupa juga semoga sahabat2 sekalian berjaya menghadapi 'exam' dunia dan akhirat.amin.

Saturday, September 11, 2010

Syawal tiba lagi...


Assalamualaikum...


Alhamdulillah,sy bersyukur kerana masih dipanjangkan usia utk meraikan Syawal 1431H ini.stlh sebulan berpuasa,maka kini dpt merayakan Aidilfitri yg mulia ini.


"barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan,maka puasa sebelum itu sama dengan puasa 10 bulan dan puasa 6 hari selepas berbuka (hari raya), maka itu melengkapi puasa setahun. -hadith riwayat Ahmad.


syawal merupakan hari kemenangan bg umat Islam setelah sebulan ditarbiyah.maka raikanlah Syawal ini dengan penuh kesyukuran.smg segala amalan yg dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yg lalu diterima oleh Allah s.w.t.insya Allah.Taqabbalallahu minna wa minkum.


Dikesempatan ini sy Wan Nurul Faizah wan Idris pelajar tahun kedua UIAM ingin mengucapkan 'Selamat hari Raya Aidilfitri,maaf Zahir n Batin' kpd saudara mara,sahabat-handai dan sesiapa sahaja yg mengenali diri ini secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Monday, August 16, 2010

Rindu Ramadhan


Yang tahu persiapkan diri,
Yang rindu tak sabar menanti,
Hadirnya setahun sekali,
Ya Ramadhan...

Keindahan yang tiada tara,
Kemuliaanya tak habis dibicara,
Penuh dengan limpahan maghfirah,
Ya Ramadhan...

Rindu aku rindu,
Rindu pada kedatangan,
Bulan yang padanya keberkatan,
Ramadhan Ya Ramadhan..

Ya Allah tolong sampaikan,
Hajatku untuk berpanjangan,
Nafasku hingga pengakhiran..


Lagu/lirik/susunan muzik : Abd Halim Ahmad 2009
Copyright by Neurotic Studio


p/s: umat dahulu sangat merindui ketibaan Ramadhan..tak sabar2 menanti kedatangan Ramadhan.berbeza dgn umat skrg yg keluh resah bila Ramadhan hampir tiba.risau tak boleh makan waktu lunch hour and so on..renungkanlah n selamat beramal..

Sunday, August 15, 2010

Lamanya....

Assalamualaikum...

Hari ni hari Ahad bersamaan 5 Ramadhan.Dah 5 hari umat Islam menjalani ibadah puasa.selamat berpuasa semua.Harini tetiba je rasa nk menulis.dh lama rasanya tak update blog ni.dh berhabuk blog.jd kena la kemas2 sikit :-). tp x taw nk tulis ap...dh 2 minggu dan nk masuk minggu ke3 sy demam...sepanjang minggu pertama demam,2 kali absent,x g kls (mc).mungkin demam sebab penat sangt,sbb dr minggu pertama,kedua dan ketiga x henti2 ade program.

minggu pertama LKK2 (latihan khas kfasilitatoran) utk ahli AF.mcm biasa LKK diadakan di kem El-Azhar,Morib selama 3hari 2 malam.seterusnya minggu ke2 (semester 1 2010/2011) ke Pangkor,Perak utk Program Motivasi Pembentukan Identiti Muslim (PMPIM).pada minggu ke 3 plak ke SK USJ 20,USJ,menjadi fasi utk pljr tahun 5 selama sehari shj..minggu ke 4??x kemana2.xde program hanya abiskan masa di UIA..nk kata rehat, x jugak..hm,siapkan minit meeting n database komiti utk program i-MEF yg akan berlangsung masa CONVEST nanti..(i.Allah nt akn diceritakan dgn lebih lanjut pd masa akn datang)sy telah di amanahkan menjadi setiausaha..huh,x pernah2 jd s/u tuk event yg besar...adoi,rasa mcm2 la.sangt bnyk keje.ms tu rs nk resign je..huh.

ok,setakat ni saje buat kali ni..tulis sikit2 sudah...sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kpd semua umat islam di seluruh pelusuk dunia..RAMADHAN KARIIM...sahabat2 sekalian,mohon maaf jika ada salah dan silap yg pernah saya lakukan..doakan kesihatan saya..syukran..wassalam.

Saturday, June 19, 2010

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku,tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah,
ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku,
Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku,
Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya


Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Thursday, June 10, 2010

Bersukan di Hujung Minggu.

Assalamualaikum..

SRC Traditional Games Carnival 2010




Alhamdulillah,akhirnya kami (sports & culture sectariat IIUM) berjaya mengadakan program kami iaitu SRC Traditional games Carnival 2010 pada 5 Jun 2010 yg lalu bertempat di Stadium Saidina Hamzah,UIA.alhamdulillah,syukur,setelah bertungkus lumus buat segala persediaan,akhirnya berjaya.Terima kasih di ucapkan kepada rakan2 komiti yg lain kerana memberi kerjasama.Kerjasama itu penting dlm melakukan sesuatu pekerjaan.apa yg penting?kerjasama..(wonderpet)hu.Terima Kasih gk di ucapkan kpd semua peserta yg hadir..program hari tu sangat seronok,meriah n happening.sy sangat berpuas hati.Tq to all.

Thursday, June 3, 2010

TRADITIONAL GAME CARNIVAL 2010


Antara permainan yg menarik ialah:
*baling selipar
*galah panjang
*sepak raga
*tarik upih
*bola beracun
*tarik tali
*kabadi

tarikh: 5 Jun 2010 (Sabtu)
masa: 7.30 pagi - 12 tghri
tempat: Stadium Saidina Hamzah, UIA

daftar segera di booth src di hadapan bank islam!!
yuran pendaftaran hanya RM3
sijil dan makanan pagi disediakan

BERSUKAN MENYIHATKAN BADAN

Saturday, May 29, 2010

Musibah..


Anggaplah musibah itu ringan tentu ia menjadi ringan.


Jgnlah memandang musibah kamu itu sebagai musibah yg terbesa,tp lihatlah musibah yg menimpa org lain yg kadang kala lebih besar darimu.Di situ kamu akan mendapati musibah yg menimpa kamu bagaikan setitis air di lautan apabila dibandingkan dgn musibah yg menimpa mereka.


jadi,apabila tangan kamu patah,maka lihatlah org yg sudah putus tangannya.Jika harta kamu hilang,maka lihatlah org yg tidak mendapatkan makanan utk dirinya sendiri atau keluarganya.Jika kamu sakit selama sebulan atau dua bulan,maka lihatlah org yg sakit berterusan.Jika kamu kehilangan salah seorang anak lantaran meninggal dunia,maka lihatlah org yg kehilangan seluruh anak dan keluarganya dalam satu tragedi atau musibah.


Jika kamu merasakan itu,kamu pasti sedar bahawa ada org yg lebih kuat imannya dan lebih besar redhanya dari kamu.Ini akan menjadi motivasi kpdmu utk menelusuri dan mengikut jejak langkah mereka supaya kamu memperoleh ganjaran pahala yg telah mereka perolehi dan mencapai kedudukan yg telah mereka capai.


tirulah jika kamu ingin seperti mereka
meniru tokoh agung mereka suatu kemenangan


Ibn al-Jauzi berkata,"Barangsiapa yg mendapat cubaan lalu dia ingin menghilangkannya,maka anggaplah cubaan itusebagai musibah yg ringan,bayangkanlah pahalanya dan renungilah musibah yg lebih besar daripada itu.Dengan cara ini dia mampu segera menghilangkan fikiran buruk dalam dirinya.


Anggaplah cubaan itu segera hilang kerana tanpa penderitaan tentu tidak ada ketenangan yg diidamkan.Ketahuilah bahawa dugaan sama seperti tetamu yg patut dihormati,maka periksalah keperluan tetamu tersebut pada setiap saat.dengan cara itu,musibah akan segera dapat ditangani.Alangkah indahnya pujian yg diberikan tetamu di hadapan khalayak ramai dan menceritakan kebaikan tuan rumah di hadapan org lain.


Demikian pula seorg mukmin ketika berada dlm kesusahan.Dia sebaiknya memuhasabahdirinya..apa yg telah dia lakukan samaada pernah menyakiti org lain tanpa sedar atau pun tidak.


Redhailah di atas musibah yg menimpa diri.Sesungguhnya musibah itu mengajar kita erti kehidupan.Juga ia merupakan kafarah dosa2 lalu.


Wallahua'alam..

Saturday, May 15, 2010

HAPPY TEACHER'S DAY

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
kerana malamgelap
Dan bintanghilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Aku kini rindu
Pada satu nama yg berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Kupohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku




SELAMAT HARI GURU ditujukan buat :
  • my lovely mum
  • guru2 ku semasa menuntut di Sk.Desa Pahlawan
  • cikgu2,ustaz,ustazah sek Maahad Syamsul Maarif PC
  • lecturers CFS IIUM (ust Majid,ustzh Mazlina,ustzh Madiha,Ust Maad,ust Yunus & ..)
  • lecturer IIUM (especially lecturer INSTED-Dr Ariffin,Sir Abbas & ;...)

Siapalah kita tanpa guru
Kerana guru,adanya seorang doktor
Kerana guru,lahirnya seorang engineer
Kerana guru adanya seorang perdana menteri.
Segalanya adalah kerana seorang insan yg bergelar GURU
GURUpenyuluh kegelapan hidup...

terima kasih CIKGU..

Melaka owh melaka.......

Assalamualaikum....

Sambung cerita.ha,lps habis program kem penghayatan Al-Quran sk.Klebang Besar,Melaka (kira2 pkul 1)kami pun naik bas (bas uia).kami pergi mn?kami g jln2.mula2 kami berhenti di pantai Puteri utk solat zohor.lps tu bergerak ke Dataran Pahlawan.kat situ kami melawat Muzium Kesultanan Melayu Melaka.Lps tu bergerak ke Taman Larangan yg berada bertentangan dgn muzium.taman tu sungguh cantik sekali.very nice.lps tu kami jln2 sekitar dataran pahlawan tu sehingga pukul 6 baru bertolak menuju ke masjid selat plak.masjid ni sangat cantik.subhanallah.masjid terapung.begitu kagum sekali.islam di mana shj.betapa Islam sangat tinggi,tersebar di merata,di segenap pelusuk.alhamdulillah.kami solat mghrib n jama isya' di masjid tu.


Kira2 pukul 8 mlm kami bertolak sekali lagi ke Dataran Pahlawan utk menikmati mkn malam yg telah di sponsor oleh YB Dato Ali Rustam(MB Melaka),syukur alhamdulillah.makanannya sungguh sedap sekali,mcm2 ada,gulai udang,masak asam pedas ikan pari,telur goreng special dan lain2 lagi.sedap tapi..........P.E.D.A.S..hehe.biasa la nm lagi Melaka.makanannya mmg pedas...x boleh la saya nak jd org Melakau (melaka) sebab x tahan makan pedas..hu.lps makan kami naik river cruise plak.seronok naik river cruise,melihat keindahan pemandangan melaka pada waktu malam.cantik sungguh.hm,yg x dpt dilupakan ada antara kami yg tertelan air sungai tu..eee..mcm mn la rasanya air sg tu (air kotor)
.

Sebelum pulang,sambil menanti bas dtg,kami jln2 di kawasan sekitar.bas sampai kira2 pukul 11 sebab jln sesak.dlm perjalanan pulang ke uia aa yg tdo kerana kepenatan.mana tak nya dari pagi sampai ke malam tak rehat pun.walaupun penat tp kami sangat seronok.selain dpt mencurhkan bakti utk program kem penghayatan Al-quran tu,dpt gk berjalan2 di bandaraya bersejarah.alhamulillah,subhanallah...


Setakat ini sahaja cerita saya di Melaka.sangat seronok.alhamdulillah,saya dapat mengikuti program QYC pada kali ni.sebab sebenarnya pada tarikh tu ibu saya nk datang kL,tapi tetiba x jadi plak.jd saya dpt join la program tu..alhamdulillah..

fasi2 n komiti bergambar kenangan di hadapan Muzium Kesultanan Melaka

depan sg,dpn kinci air

gambar fasi2 n komti2 yg di ambil semasa berada di atas river cruise :-)

keretapi tanah melayu...

berjalan-jalan di sekitar Dataran Pahlawan.

atas tangga di Muzium Kesultanan Melaka

pemandangan malam negeri Melaka.gambar di ambil semasa menaiki 'river cruise'.

Thursday, May 13, 2010

KEM PENGHAYATAN AL-QURAN

Assalamualaikum........


Cuti hujung minggu yg lepas (7 & 8 mei 2010) sy telah pergi ke Melaka,negeri bersejarah. Buat ape?hehe2. ada tugasnya.bukan saja2.hari Jumaat dan sabtu yg lalu saya jadi fasilitator untuk program Kem Penghayatan Al-Quran utk pelajar2 sek Keb. Klebang Besar,Melaka.program ni adalah anjuran panitia agama islam Sek.Keb Klebang Besar bersama Kelab Remaja Al-Quran (QYC) UIAM.seramai 40 lebih(x sure) committees n fasilitator yg turut terlibat.kami bertolak dari UIA pada pukul 7 pagi dan sampai di sekolah tersebut pada pukul 10 pagi..



Sungguh seronok jadi fasi, dapat pengalaman.tambahan plak dapat pahala sebab mengajar mengaji, ilmu Al-Quran.perkara ni bukan suatu yg asing bagi saya sebab saya dah biasa,kat rumah kadang2 gantikan ibu mengajar budak2 mengaji dan saya juga pernah ada pengalaman mengajar kelas agama (kafa) kat sek rendah sendiri (sek.keb.desa pahlawan).pengalaman mengajar erti kehidupan.ianya tidak dapat dibeli.. :-)




selain talk,mengajar mengaji,ada juga game.ptg tu ada explorace-Al-Quran dihatiku.sangat seronok explorace tu.saya dapat tgok wajah adik2 yg ceria dan genbira masa time main explorace tu.banyak tugasan yg diberikan kpd adik2.antaranya ialah membuat pakaian prince n princess drp suratkhabar,melaungkan azan subuh dan bacaan jawapannya,doa unut dan banyak lagi...kalau tak dapat jawab soalan adik2 kena denda.antara dendanya ialah kena tabur tepung.habis muka adik2 putih,dipenuhi dgn tepung.cian mereka. :-(




Antara slot yg paling x dapat dilupakan ialah modul 2 iaitu "menghargai ibu bapa kita".slot ni paling menyentuh perasaan.ia telah disampaikan oleh saudara izzat.semua pelajar sedih dan menangis teresak2 semasa slot ni.masa slot ni menceritakan kisah anak yang menyesal kerana tidak berbuat baik kpd ibunya (lebih kurang la).sangat sedih,sehinggakan saya turut rasa ingin menitiskan air mata.saat ini juga saya teringatkan ibu di rumah,rasa nakbalik rumah..huu.slot ni sangat terkesan kt diri masing2..jadi pengajarannya,berbuat baik lah kpd ibu dan ayah selagi mana mereka masih hidup.sesungguhnya redha Allah bergantung pd redha kedua ibubapa.


Selain tu,perkara yg x dapat dilupakan ialah berjaga mengawasi kawasan sekitar dan penghuni2nya.kami fasi2 telah diberi tugas berjaga.saya kena berjaga pada pukul 3-4 pagi.setiap satu 'shift' 3 orang fasi yg bertugas.masa saya bertugas,kedengaran bunyi riuh rendah.rupa2nya adik2 pelajar lelaki dah pun bangun.masa tu pukul 4.awal sungguh mereka bangun.excited nak qiamulail kot.abg2 dan kakak2 fasi pun belum bangun lagi.bagus betul adik2 ni.kot2 mereka x dapat tidur lena kot,sbb tu bangun awl pagi.adik2 pelajar lelaki tidur kat dalam khemah .


Next,bfore program tu habis, pelajar2 dikehendaki membuat persembahan iaitu kena buat cheer utk kumpulan masing2.kumpulan saya namanya 'Semut Api'.pelik nye bunyi..unik la.hehe.knape semut api?sebab semut adalah haiwan yg rajin,dan semut api plak semut yg rajin dan kuat..kumpulan kami kuat.hehe.caya la.


enjit-enjit semut,sape baik naik atas
enjit-enjit semut,sape nakal turun bawah
enjit-enjit semut,sape rajin naik atas
enjit-enjit semut sape malas turun bawah


lagu kumpulan semut api.. :-)




tu la cerita yg dapat saya kongsikan sepanjang menjadi fasilitator kem penghayatan Al-Quran.sungguh seronok dan dapat pengalaman...wallaua'alam.

Tuesday, May 11, 2010

i LOVE u..

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku

bila kuberduka, engkau hiburkan selalu


9 Mei adalah hari ibu, tapi saya tak sempat nak wish kat ibu saya.maaf ye ibu, angah terlupa, tak sengaja. Kelmarin ada banyak kerja, bukan tak ingat tapi lupa (sama je kan.tapi betul2 tak sengaja sebab kelmarin seharian sibuk siapkan assigment. lepas tu bila teringat, tak sempat nk call plak. sampai la harini baru call.akhirnya malam tadi wish kat ibu :"selamat hari ibu,ibu". ibu pun tanya, bila hari ibu (ibu saja2 tanya padahal dah tahu).kelmarin,ibu,maaf angah tak sempat nak wish kelmarin.ibu nak hadiah apa? hm,nak bagi hadiah apa ye kat ibu..selama ni, ibu bnyak bg kt saya.kadang2 tak mintak pun tp ibu belikan.saya bersyukur dapat ibu yg baik hati tak macam orang lain yg nk kan sesuatu sampai meminta2,merayu2 kat mak dia,suruh mak dia belikan tp saya tak.terima kasih ibu.


saya sayang ibu saya.sangat sayangggggg..terima kasih ibu kerana melahirkan angah,menjaga,mendidik dan membesarkan angah. ibu selalu take care,jaga angah. kalau angah sakit, ibu akan sapu ubat kat angah.antara ramai2 anak ibu,angah la yg mengalami masalah kesihatan, sikit2 sakit, ibu tak pernah mengeluh. buat kerja berat sikit tak boleh, jadi ibu tak menyuruh saya buat kerja2 yg berat.setiap kali call ibu, ibu akan tanya, dh makan belum?ibu sangat ambil berat terhadap anak2nya.ibu risau kat diri saya yg kadang2 sakit. sebab tu la masa mula2 dpt masuk uia lps spm,saya gembira tp ibu diam je, tak cakap ap2 pun.ibu kelihatan risau dan berat hati untuk melepaskan saya pergi belajar.sebab sebelum ni saya tak pernah berjauhan dgn ibu.masa sekolah dulu, saya tak pernah dok asrama.pernah sekali saya minta izin kat ibu tuk dok asrama tp ibu tak izinkan sebab risau akan diriku.


banyak sangat yg ibu telah berikan kt angah terutama kasih sayang yg x dapt di cari di mn,hanya dari ibu shj.tq ibu,terima kasih buat segala apa yg telah ibu berikan. miss u ibu...(nak balik)




Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena


i LOVE u, ibu..


*redha Allah bergantung kpd redha ibubapa.
berbuat baik la kpd ibu kerana syurga di bawah telapak kaki ibu..


Tuesday, April 27, 2010

Short Sem

Assalamualaikum..

Sekarang dah start short sem (26/4/2010, cuti semester akhir hari tu sudah berakhir..hanya 2 minggu 3 hari sahaja.Rasa tak puas pulak.Asyik dok teringat kat rumah je.Barang-barang pun tak siap kemas lagi sejak hari Ahad lagi sampai.Cuma kemas 1 beg je,yang lain dibiarkan sahaja.Baju-baju tak keluarkan dari beg.Bukan apa, cuma tak de mood..org kata, kalau tak de mood,kena g cari.ha,kat mana ye nak cari?ada cadangan tak?kat kiosk mahallah Ameenah xtak de pun...hu.yela,mood dok kat rumah..hehe


Short sem ni amik 2 subjek je,cukup la tu,sudah memadai.Nama lagi short,maknanye pendek,masa singkat hanya 7 minggu je.Jadi amik sikit la takut nati tak boleh bawa pulak.Short sem ni tak macam long sem,pointer mudah terejas..jadi tuk elakkan perkara yang tak diingini,amik la yg termampu utk diri sendiri.Jgn memudaratkan diri sendiri..(pesanan penaja).Short sem ni saya amik subjk UNGGS 2030 (Islamic World View) n Sociology of Education, cuma 3 hari sahaja iaitu Isnin,Selasa n Rabu...Khamis,Jumaat cuti..haha.yg best, belajar socio ngn Sir Abbas,sem lepas dh belajar Ethics in Education ngn sir.saya suka belajar ngn sir sebabb sir seorang lecture yg baik hati n memahami.


Hah,short sem ni saya ada jumpa seorang yang saya kira bagus la, tak berputus asa.Dia ni tetap ingin belajar,tak berputus asa.sebelum ni dia pelajar tahun 4 tapi kena 'dismiss'dan sekarang dia still belajar jadi pelajar tahun pertama semula kos ict.nak gitaw kat sini,walaupun dh dismiss,dia masa bersemangat tuk belajar.dia tabah.dah la dh tahun akhir masa tuh,saat2 akhir nk grade dh tuh.kalau ikutkan mesti sedih n kecewa kan,yela,dh abiskan masa 4 tahun dh.tp apa yg berlaku ada hikmahnya.tak rugi pun,dapat banyak ilmu n pengalaman..asalkan kita buat sesuatu tu ngn hati yg ikhlas.Insya ALLAH,akan mendapat ganjaran suatu hari nanti.seseorang itu tidak akan berjaya sepenuhnya jika tidak merasai kegagalan.gagal sekali tidak ermakna gagal selama-lamanya.dan tidak bermakna lemah.orang yang gagal n lemah ialah orang yang tidak bangkit dari kegagalan.


sekian sahaja dari saya utk kali ni, yg baik dijadikan panduan,yg buruk dijadikan pedoman.wallahu a'alam....

Saturday, April 24, 2010

Kini Kembali..

Setelah sekian lama kau koma akhirnya kau sedar,pulih seperti biasa. Berbulan-bulan lamanya hidupku tanpamu. Tidak ku sangka akhirnya kau dapat diselamatkan, alhamdulillah..segalanya sudah ditakdirkan. Terasa bagai bermimpi. Dahulunya,berbagai usaha yang telah aku lakukan untuk menyelamatkanmu namun gagal,akhirnya aku mencari peganti. Aku bukan curang tetapi saat itu aku terdesak.


Namun aku tak pernah melupakanmu. Aku terus berusaha, berikhtiar untuk mengubatimu. Selama beberapa bulan kau diubati di utara negeri Perak. Setiap kali aku pulang bercuti, aku akan bertanya akan keadaanmu. Namun hampa, keadaanmu tidak diketahui. Aku pasrah, aku mula beranggapan bahawa kau tak dapat diselamatkan berikutan masa yang diambil untuk memulihmu panjang, lama. Jadi aku telah menyuruh abahku untuk membawa pulangmu namun abahku tidak memberi apa-apa respon. Kau tetap dibiarkan di sana untuk terus diubati.


Cuti pada kali ini, aku dapat satu berita gembira. Kau telah pulih. Kau telah sedar dari koma yang lama. Kau kini sudah dibawa pulang ke rumah. Hatiku gembira sehingga tak terkata dan tak tergambar saat ketemumu. Aku tersenyum melihatmu…Kau lah Toshiba M200….kini kau kembali ke pangkuanku semula.

Tuesday, April 13, 2010

ٍٍSyair Qis b. Saidah

Suatu petang selepas menunaikan solat Asar sementara menunggu masuknya waktu solat Maghrib, Nabi S.A.W, berbual dengan Abu Bakar as-Sidiq.



“Saya teringat seorang penyair bernama Qus / Qis bin Saidah. Pada suatu hari, dia menunggang unta berwarna kelabu di pasar Ukaz, Mekah. Dia membacakan syairnya di hadapan orang ramai. Akan tetapi saya sudah lupa syair yang telah dibacakannya,”kata Nabi Muhammad S.A.W kepada Abu Bakar as-Sidiq.



“Wahai Rasulullah, pada hari itu saya juga berada di pasar Ukaz dan saya masih ingat syair yang di baca olehnya,”kata Abu Bakar as-Sidiq. Kemudian dia membacakan syair tersebut. Syair tersebut berbunyi :



" Wahai sekalian manusia, dengarkanlah apa yang akan aku ucapkan. Sekiranya kamu menghafalnya, maka kamu akan mendapat faedahnya. Sesungguhnya orang yang hidup akan mati dan setiap yang mati akan binasa. Sesungguhnya akan dating perkhabaran dari langit. Aku bersumpah, sesungguhnya ada agama yang kamu anuti. Aku melihat mereka yang sudah pergi namun tidak pernah kembali. Apakah mereka aman berada di sana ataupun ditinggalkan buat selama-lama?”



Selepas selesai membacakan syair, Nabi Muhammad S.A.W membenarkan apa yang dikatakan oleh Abu Bakar as-Sidiq itu.



Sesungguhnya segala benda hidup di atas muka bumi ini akan musnah. Tiada yang kekal melainkan penciptanya, Allah S.W.T. Yang hidup akan mati. Dan yang sudah pergi (mati) tidak akan kembali lagi. Dia tidak akan kembali pulang kepada keluarga dan sanak saudaranya untuk menceritakan keadaanya semasa di sana (alam kubur). Jadi, tiada siapa yang mengetahui bagaimana kehidupan dan keadaan alam barzakh. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.