Saturday, May 29, 2010

Musibah..


Anggaplah musibah itu ringan tentu ia menjadi ringan.


Jgnlah memandang musibah kamu itu sebagai musibah yg terbesa,tp lihatlah musibah yg menimpa org lain yg kadang kala lebih besar darimu.Di situ kamu akan mendapati musibah yg menimpa kamu bagaikan setitis air di lautan apabila dibandingkan dgn musibah yg menimpa mereka.


jadi,apabila tangan kamu patah,maka lihatlah org yg sudah putus tangannya.Jika harta kamu hilang,maka lihatlah org yg tidak mendapatkan makanan utk dirinya sendiri atau keluarganya.Jika kamu sakit selama sebulan atau dua bulan,maka lihatlah org yg sakit berterusan.Jika kamu kehilangan salah seorang anak lantaran meninggal dunia,maka lihatlah org yg kehilangan seluruh anak dan keluarganya dalam satu tragedi atau musibah.


Jika kamu merasakan itu,kamu pasti sedar bahawa ada org yg lebih kuat imannya dan lebih besar redhanya dari kamu.Ini akan menjadi motivasi kpdmu utk menelusuri dan mengikut jejak langkah mereka supaya kamu memperoleh ganjaran pahala yg telah mereka perolehi dan mencapai kedudukan yg telah mereka capai.


tirulah jika kamu ingin seperti mereka
meniru tokoh agung mereka suatu kemenangan


Ibn al-Jauzi berkata,"Barangsiapa yg mendapat cubaan lalu dia ingin menghilangkannya,maka anggaplah cubaan itusebagai musibah yg ringan,bayangkanlah pahalanya dan renungilah musibah yg lebih besar daripada itu.Dengan cara ini dia mampu segera menghilangkan fikiran buruk dalam dirinya.


Anggaplah cubaan itu segera hilang kerana tanpa penderitaan tentu tidak ada ketenangan yg diidamkan.Ketahuilah bahawa dugaan sama seperti tetamu yg patut dihormati,maka periksalah keperluan tetamu tersebut pada setiap saat.dengan cara itu,musibah akan segera dapat ditangani.Alangkah indahnya pujian yg diberikan tetamu di hadapan khalayak ramai dan menceritakan kebaikan tuan rumah di hadapan org lain.


Demikian pula seorg mukmin ketika berada dlm kesusahan.Dia sebaiknya memuhasabahdirinya..apa yg telah dia lakukan samaada pernah menyakiti org lain tanpa sedar atau pun tidak.


Redhailah di atas musibah yg menimpa diri.Sesungguhnya musibah itu mengajar kita erti kehidupan.Juga ia merupakan kafarah dosa2 lalu.


Wallahua'alam..

No comments:

Post a Comment