Saturday, July 13, 2013

I'M OFFICIALLY GRADUATED

Assalamualaikum..selamat bersua kembali..mari membersihkan sawang-sawang labah-labah di sini. dah lama sangat tak menjenguk di sini disebabkan kekangan masa dan tanggugjawab (macam busy mengalahkan Yb pula ye J ). Hari ini hari keempat umat Islam berpuasa, jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa, RAMADHAN KAREEM kepada semua saudara seIslam umumnya dan pembaca blog ini khususnya.

Alhamdulillah wa syukurillah, tahun  ini kita masih dipanjangkan usia, diberikan peluang bertemu dengan Ramadhan 1434. Alhamdulillah. Tahun ini saya menyambut Ramadan dan berpuasa selama sebulan bersama keluarga terchenta di Kelantan, Insya Allah...this is my first time. Alhamdulillah.

Selama beberapa bulan saya senyap di blog ini, banyak perkara yang berlaku..so, banyak cerita yang nak di ceritakan.. Firstly about my study.. The new news is..I'M OFFICIALLY GRADUATED (tajuk entry) from IIUM with Bachelor of Education J. Kegembiraan tidak dapat digambarkan dan tak terkata...yela, 6 tahun blajo..orang lain kalau dh ada anak nak masuk darjah satu dah..huu.Since 6 years ago (2007, after SPM), now I’m a alumni of IIUM. Alhamdulillah, dengan segala onak duri yang di tempuhi selama 6 tahun bergelar pelajar UIAM iaitu bermula pengajian di Centre of Foundation Studies IIUM (CFS IIUM / matrik UIAM) selama 2 tahun kemudian ke Main Campus IIUM Gombak selama 4 tahun, akhirnya saya berjaya mendapatkan sebuah ijazah sarjana muda (walaupun belum konvo). check status kat myiium (portal student) STATUS: GRADUATED.so, I’m officially graduated J.Insya Allah Majlis Konvokesyen UIAM akan berlangsung akhir bulan Oktober 2013. Apa yang best ialah saya selamat menamatkan pengajian di universiti impian saya dan mendapat ilmu yang tak ternilai di UIAM.

Mengimbau kembali kenangan2 dahulu 6 tahun yang lalu..

Mei 2007, Keputusan UPUdiumumkan.
Saya dengan slumber rilex (tok gadoh bahaso kelate) melalui kehidupan sebagai pelajar tingkatan 6 bawah yang akan menduduki peperiksaan STAM.. menumpukan perhatian kepada pelajaran..saat itu rakan2 lain sibuk check keputusan UPU, mana tahu kot2 dapat kan.. hm, saya tak berharap pun dapat dan dah bertekad untuk ambil exam STAM. cikgu2 semua bertanya kepada saya: “dapat university mana?” “ dah check  result UPU?” jawab saya senang dan ringkas: “belum..tak check pun..tak dapat kot cikgu..biarlah.saya nak ambil STAM” “eh check la dulu, mana tahu dapat ke..” kata cikgu. Cikgu-cikgu sekolahku menaruh harapan yang tinggi kepadaku..maklum la budak aktif kat sekolah.so, kadang2 rasa segan kalau tak dapat result yang baik dalam exam..memang cikgu2 dah target awal2 (malu2..huhu).then datang la seorang kawan saya yang mengistiharkan nama2 pelajar yang berjaya ke IPTA..nama saya pun tersenarai juga..Wan xxxxxxxxx, Universiti Islam Antarabangsa.
“eh, biar betul, kau tipu ye..saje je..” kataku kepada sahabatku itu..then menunjukkan bukti..secara automatic, air mata berguguran jatuh membasahi pipi..kerana terharu dan bersyukur.UIAM university impianku.

 Julai 2007 – April 2009, Centre for Foundation Studies IIUM
Saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya dalam jurusan Bahasa Arab dan kesusasteraan. Selama 1 semester berada di Petaling Jaya, kemudian pelajar2 jurusan sastera  berpindah di kampus Nilai. Di CFS saya dan rakan2 seangkatan belajar bahasa. Kenangan yang tak dapat saya lupakan ialah berkhutbah dalam bahsa Arab di hadapan khalayak ramai (orang awam). Itu adalah salah satu task untuk subjek speaking @ muhaddathah. Belajar di pusat asasi atau juga dikenali sebagai matrik adalah cabaran yang besar. Mencabar..Sebagaimana yang kita ketahui, bahasa pengantar UIAM ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.. First time masuk CFS, tercengang apabila belajar subjek agama dalam bahasa Inggeris.yela, masa di sekolah dulu paling tidak pun belajar dalam bahasa Arab.lagipun saya ni bukan seorang yang pro Bi..lama kelamaan sehingga kini Bahasa Inggeris dah sebati dengn diri.

Julai 2009 – Jun 2013, Main Campus IIUm Gombak
Setelah tamat di CFS, secara automatic pelajar2 akan menyambung terus ke peringkat ijazah sarjana muda samaada di Kampus Gombak atau di Kampus Kuantan (jurusan sains perubatan). Selepas masuk ke main camp Gombak beberapa hari, keputusan tawaran jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di umumkan. Sewaktu di tahun akhir di CFS saya dengan tidak sengaja dan suka2 isi borang permohonan Ijazah Sarjna Muda Pendidikan..tak megharap langsung untuk dapat, yela nak kata minat dalam bidang pendidikan, jadi cikgu..tak la.huhu.orang kate gatal tangan.huhu. lepas berjaya dalam ujian MEDSI dan melepasi interview (bukan mudah nak jadi cikgu) akhirnya dapat.satu lagi perkara yang tak disangka..Ok, jadi dari jurusan Bahasa Arab change to Bachelor of Education.ikutkan hati masa tu saya nak je tolak tawaran tu..stay still dengan course bahasa arab tetapi dihalang oleh ibu yang memang menginginkan anaknya menjadi seorang guru..maka dengan rela dan redha saya meneruskan course education tersebut..selama 4 tahun (+ 2 praktikal) akhirnya menghidupkan rasa cinta saya terhadap profession sebagai seorag guru.. Sepanjang belajar di UIAM, saya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum..Niat di hati selepas tamat zaman persekolahan, tidak mahu aktif dalam kokurikulum..tetapi tidak kesampaian.orang kata benda dah sebati dengan darah daging..hooho.nanti coming soon kita cerita.. 


Hajat di hati nak bersihkan sawang2 je tapi dah terlajak..siap cat dinding, renovate atap yang bocor.ok, itulah serba sedikit kenangan2 ringkas sebelum saya dapat menamatkan pelajaran dan bergelar sebagai graduan Universiti Islam Antarabangsa…untuk cerita lebih lanjut..next entry.

Ok, terima kasih kerana sudi membaca. yang baik jadikan teladan yang tidak baik di jadikan sempadan..wallhu ‘alam.

SELAMAT BERIBADAT DI BULAN RAMADHAN.


Saturday, December 15, 2012

Tudung Bawal 3 tones manik2


PROMOTION END OF THE YEAR..GRAB IT!!!




size: bidang 60,
warna: pink peach
harga: RM25
Buy 3 for RM 70

size: bidang 60,
warna: purple
harga: RM25 
Buy 3 for RM70


                                                                        size: bidang 60, 

warna: coklat
harga: RM25 
Buy 3 for RM70



                                                                      size: bidang 45, 

warna: biru
harga: RM22



                                                                       size: bidang 45

warna: pink 
harga: RM22


size: bidang 45, 

warna: pink 

harga: RM20


size: bidang 45,

warna: hitam

harga: RM20


size: bidang 45,

warna: oren

harga: RM20


size: bidang 45 (manik sulam)
warna: oren
harga: RM22



size: bidang 45 (manik sulam)
warna: purple
harga: RM22



size: bidang 45 (manik sulam)
warna: pink 
harga: RM22



size: bidang 45 (manik sulam bunga)
warna: hitam
harga: RM23
Buy 3 for RM65



size: bidang 45 (manik sulam bunga)
warna: purple
harga: RM23
Buy 3 for RM65



size: bidang 45 (maik sulam bunga)
warna: oren
harga: RM23
Buy 3 for RM65



size: bidang 45,
warna: hitam
harga: RM23
Buy 3 for RM65






*harga tidak termasuk postage.
berminat?sms/call 013 2111450
available at UIA Gombak

Monday, December 10, 2012

Cinta Atau Suka?Lupakan..


perasaan cinta itu dimulai dari mata
sedangkan rasa suka dimulai dari  telinga
jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang
cukup dengan menutup telinga
tapi jika kamu cuba menutup matamu
dari orang yang kamu cintai
cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata
dan terus tinggal di hatimu
dalam jangka waktu yang cukup lama.

*so, anda pilih yang mana satu?tutup telinga atau tutup mata?


Kerana Kau Ada Harapan



cinta datang kepada orang
yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan
kepada mereka yang masih percaya
walaupun mereka telah dikhianati
kepada mereka
yang masih ingin mencintai
walaupun mereka
telah disakiti sebelumnya
dan kepada mereka
yang mempunyai keberaniaan
dan keyakinan
untuk membangun kembali kepercayaan.

*everythig happens for a reason.you are the stronger person.kerana itu kamu diuji dengan cinta lagi...cinta lagi

Tuesday, May 1, 2012

Cerita APRIL part 1

 Assalamualaikum dan selamat bercuti kepada semua pekerja (Hari Pekerja).

dah lama rasanya tidak mencoretkan apa-apa di sini.almaklumlah tiada berkelapangan.
cuti hari ini meringankan jari jemari menekan papan-papan keyboard yang lembut ini.

diam tak diam, sedar tak sedar dah berakhir bulan April.
Bulan April adalah bulan yang banyak menguji tahap kesabaran, ketabahan..Alhamdulillah akhirnya berjaya melalui dugaan-dugaan tersebut.Syukran Ya Allah.
Banyak aktiviti, program dan ditambah pula dengan tanggungjawab seorang pelajar iaitu assingment, homework, research,exam,presentation dan sebagainya...akhirnya aku berjaya menghadapi semua ini.

Untuk post kali ini saya ingin berkongsi tentang aktiviti dan program-program yang dilakukan sepanjang bulan April yang lalu..Antaranya ialah:

1) Pesta Pantun MAKUM 2012 : 27 - 29 April 2012 (baru sahaja melabuhkan tirai)
2) Malam Pantun Education (EDU FEST) : 19 April 2012
3) Workshop on Teachers' Grooming (EDU FEST) : 18 April 2012
4) Nasyeed Gala 2012 : 12 April 2012
5) Praktikal Outing Skill Recreation 2 : 13 - 15 April 2012

dan program yang tidak dapat di hadiri ialah Konsert Anugerah Nasyeed.Com..sememangnya itulah yang ditunggu-tunggu namun tak tercapai..

layang-layang terbang tinggi
terbang bebas di angkasa raya
kita merancang setiap hari
Hanya Allah penetap segala

 :: NASYEED GALA ::

Alhamdulillah, pada 12 April yang lalu Nasyeed Club Berjaya mengadakan satu pertandingan nasyid peringkat university iaitu “Nasyeed Gala”. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar UIA Gombak yang sememangnya suka akan hiburan yang mendidik jiwa. Nasyeed Gala ini diadakan untuk mengembangkan bakat-bakat pelajar UIAM dalam bidang nyanyian..ternyata pelajar UIAM mempunyai bakat besar tersebut.

Program ini buat pertama kalinya diadakan di sebuah dewan besar iaitu ‘Main Auditorium’ UIAM. Jika sebelum ini Nasyeed Gala diadakan di Convest Hill bersempena Pesta Konvokesyen namun kali ini berlainan pula. Program ini dianjurkan dengan kerjasama dari Mahallah Zubair.

Antara hakim yang mengadili pertandingan itu ialah Fitri Haris (Ex-UNIC), Halim Devotees dan Muhammad Devotees. Program ini juga telah dihadiri oleh Principal Mahallah Zubair. Antara pemenang pertandingan ini ialah Kumpulana Nasyeed Lemak (dari Indonesia), Saudara Mohd Sallehudin dan tempat ketiga kumpulan GIB.tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemenang dan peserta (anda semua adalah pemenang). Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada semua komiti yang membanting tulang menjayakan program ini.T.A.H.N.I.A.H !!!!!

berjumpa kita di Nasyeed Gala 2013…

bersambung...lihat gambar di bawah :)



penonton yang hadir

Kumpulan GIB

Kumpulan Nasyeed Lemak (Juara)
Duet Pak Bilal Masjid UIAM
Bersama Ketua Hakim; Fitri Haris

Special Performance dari Halim Devotees
Pemenang tempat ketiga - Kumpulan GIB
Juri2 profesional; Fitri Haris, Muhammad Devotees & Halim Devotees

Solo yang memenangi tempat kedua

Kumpulan SOTS (Soul of the Soldier)

Bersama Juri dan Pengacara; Muhammad Devotees dan Dj Firdaus NasyidFM
Komiti yang cool :)



untuk melihat gambar lain2 sila LIKE official page: https://www.facebook.com/iiumnasyeed


Saturday, March 10, 2012

Muhasabah Cinta




Assalamualaikum selamat berehat di hujung minggu..
Hujung minggu ni ambil kesempatan mencoret sesuatu di sini..
Hari2 biasa busy dengan tanggungjawab, biasalah dah lumrah hidup..selagi mata tidak tertutup, jantung masih berdengup, maka selagi itulah kita mempunyai tanggungjawab.

pada kali ini saya ingin kongsi sedikit lagu iaitu "Muhasabah Cinta" by Edcoustic (lagu femes).
Lagu ni sering dibawa oleh kumpulan Nasyeed UIA (IIUM Nasyeed Club) jika ada show..
beberapa hari yang lepas ada student contact saya nak minta minus one lagu ni..dia tahu saya management team (mainboard) IIUM Nasyeed Club, so dia minta la dari saya. katanya nk pinjam minus one lagu Nasyee Club (boleh plak pinjam2, pelik juga saya tetiba je). then saya tanya la nak lagu apa? (kenapa la dia tak cari sendiri, hm dia ingat Nasyeed Club ni pengumpul minus one la..huuu)..minus one lagu tu ada je kat internet, so boleh download sendiri (maybe dia tak tahu..tak pe la, kita tolong). and lastly saya bagi la minus one tu kt dia..selain daripada sister ni ada juga sebelum2 ni orang lain yang minta minus one dari kami.kami ni bukan sesuka hati boleh bagi minus one kat orang..ada minus one yang saya dapat dari artis sendiri (yang tak boleh di download di mana2 pun), jadi kalau hal begitu kami tak akan bagi kepada orang sesuka hati (sebab itu copyright,tanggungjawab kami menjaganya)..

Itu cerita pasal minus one..jom hayati lag ini sebentar.

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah

Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu


Tuhan baru kusadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini ku harapkan cinta Mu

Ok, kita selalu lupa akan nikmat yang kita dapat dan ada, setelah kehilangannya baru sedar..
Pada bulan lepas saya telah melawat seorang sahabat yang dimasuki hospital kerana pembedahan 'Appendiks'.dia tidak dibenarkan makan beberapa hari..melihat keadaannya timbul rasa insaf dan terkenang akan nikmat sihat yang telah diberi oleh Allah, menambahkan rasa syukurku..jadi, bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi dari-Nya..jaga kesihatan untuk mendapatkan kehidupan yang sihat..SIHT SEBELUM SAKIT~ alhamdulillah, sahabat saya itu telah kembali meneruskan pengajian namun keadaannya tidak sembuh sepenuhnya (banyak benda kena pantang)..semoga sahabatku cepat sembuh dan tabah mengharungi liku2 hidup...

sekian, untuk kali ini.

Saturday, February 11, 2012

Salah Siapa?





Bangau oh bangau,
Mengapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus,
Ikan tidak timbul.

Ikan oh ikan,
Mengapa kau tak timbul?
Macamana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat.


Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.


Katak oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku.


Ular oh ular,
Mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan.
Memang makanan aku.


Sapa tak tahu lagu ni?tak pernah dengar?bukan orang malaysia la tu..ni lagu tradisional orang Melayu dulu-dulu.budak2 dah diajar dan didengarkan lagu ni sejak kecil lagi.so, imposible la orang melayu tak tahu.tapi setakat mana kamu tahu?fahamkah dengan lirik2 maksudnya?tentang apakah lagu ini sebenar?adakah anda tahu?

ok, mai ceq ceghita cikit la..jika diperhatikan betul2 lagu ni mengambarkan sekumpulan orang or haiwan ke apa entah yang suka menyalahkan orang lain..atau lebih tepat tidak mengaku kesalahan dirinya malah menyalahkan orang lain pula..klau tak percaya cuba dengar video lagu tu semula..dengar baik2 ye..

walaupun dalam lirik itu menggunakan watak haiwan dan tumbuhan, namun mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah manusia,orang.penulis @ pencipta bait kata2 itu tidak menggunakan perkataan 'manusia @ orang' supaya sindiran tidak nampak begitu ketara, juga untuk menjaga hati manusia.hal ini kerana manusia khususnya orang melayu seorang yang baik hati iaitu sentiasa menjaga hati dan berlembut.

Lagu ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.

Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.

Jadi,apa yang penting ialah mengaku kesalahan diri sendiri.kemudian yakin akan kekutan2 yang ada pada diri.

:: LIHAT SEBELUM BERKATA ::