Wednesday, August 10, 2011

GASTRIK




Assalamualaikum…

Alhamdulillah wa syukurillah, kita telah melangkah ke fasa ke2 di bulan Ramadhan. Malam ini malam ke11 umat Islam mengerjakan solat terawih.pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu.

“aduh,sakit perut la mama..saya tak boleh puasa hari ini” kata anak kepada ibunya.

Itulah antara alasan yang diberikan untuk tidak berpuasa samaada kanak2 mahupun ada juga orang dewasa (yang belum insaf).kalau kanak2 boleh dimaafkan tapi kalau orang tua..nak kata apa lagi..kalau sengaja ponteng puasa memang sah2 berdosa..tanggung sendiri la dosa pakcik.


Alhamdulillah, untuk puasa tahun ni kesihatan saya terjaga dengan baik oleh kerana dipantau oleh ibu tersayang (macam budak kecil plak kena pantau2 heeehe).memang setiap tahun puasa saya mengalami masalah kesihatan iaitu gastric tp Alhamdulillah tahun ni tak serius sangat..(biasa la puasa di rumah, ada pemantau kesihatan). “ibu, kalau time bulan puasa mesti teringat kat angah,risau kat angah..macam mana keadaan angah..bersahur ke tak.berbanding dengan anak2 ibu yang lain, angah lah yang paling ibu risaukan..sebab angah ni ada sakit gastric..” pernah ibu meluahkan kepada saya beberapa hari yang lepas. terharu mendengar luahan itu..thanks ibu .Ye, memang benar, ibu risaukan saya kalau bulan puasa tiba.lagi2 disebabkan saya berada berjauhan.sepanjang 4 tahun berpuasa di perantauan, ibu tak pernah lupa untuk kejutkan saya bangun bersahur, pesan makan itu makan ini semasa bersahur.terserlah kerisauan dan kasih saying seorang ibu kepada anaknya..terima kasih ibu.tahun ni, alhamdulilah berpuasa bersama ibu dan family.jadi ibu tak risau sebab ibu boleh pantau..dan nampak depan mata.time bersahur, saya akan makan makanan yg mengandungi serat yang tinggi iaitu nasi (pesanan doctor) dan minum susu (walaupun kurang menggemarinya..).


Jadi disini saya nak berkongsi sedikit maklumat tentang gastric.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik:

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

• Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan kokain
• Merokok
• Stres
• Gangguan autoimun
• Penyakit crohn
• Radiasi dan kemoterapi
• Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
• Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
• Rembesan asid gastrik yang berlebihan
• Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
• Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
• Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
• Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Tip Sepanjang Bulan Puasa:
• Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
• Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
• Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
• Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
• Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
• Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
• Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
• Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
• Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
• Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.


sekian perkongsian tentang GASTRIK.

sedikit maklumat tambahan, baru-baru ini pada hari Jumaat yang lepas seorang anggota kumpulan nasyid Devotees iaitu Ahmad Shauqi telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang melampau.beliau disyaki appendix namun selepas ditahan dihospital dan dijalankan pemeriksaan teliti,doktor mendapati beliau mengidap gastrik.setelah mendapat rawatan,beliau dibenarkan pulang.alhamdulillah beliau kini telah sihat.


Setakat ini sahaja dari saya untuk kali ini..berjumpa kita di lain waktu :). Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..selamat berpuasa~

Monday, August 1, 2011

HARI INI PUASA


Assalamualaikum..

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar akhirnya kita bertemu dengan Ramadhan yang kita nantikan setelah setahun kita berpisah.Alhamdulillah, saya betul bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan 1432H ini.alhamdulillah. hari ini hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa.semoga puasa kita baik hingga ke akhir Ramadhan.

Alhamdulillah sekali lagi rasa kesyukurn dipanjatkan kepada Ilahi kerana Ramadhaan kali ini saya berpeluang berpuasa bersama kelurga tersayang..setelah 4 tahun berpuasa di perantauan, boleh dikatakan oversea juga la sebab international..hee :) (senyum di bulan barakah, banyakkan senyuman).puasa kat rumah ni best..bersahur, berbuka n berterawih bersama keluarga :) .ada keberkatan...dilimpahi rahmat.alhamdulillah, peluang ini akan digunakan sebaik mungkin, bukan senang nak dapat peluang macam ni..skrg tgh belajar, esok2 dah ada family sendiri, anak, suami susah jg..jd masa skrg la masa bersama keluarga.tq to aAllah.


ha, entri ni saya ada sedikit cerita..kisah semut dan Nabi Sulaiman a.s:

pada suatu hari ketika Nabi Sulaiman selesai menunaikan solat, lalu dihadapannya seekor semut yang membawa kertas hijau.Nabi Sulaiman sangat hairan melihat tingkah laku semut itu. Sedang baginda sedang memerhatikan keadaan semut itu, binatang kecil itu menjerit sekuat hati. setelah semut itu berhenti menjerit, muncul pula dari dalam lautseekor katak lalu berenang menuju ke arah semut itu. katak itu telah menjemput semut itu dan semut itu menaiki punggung katak tersebut lalu kedua-duanya menyelam bersama di dalam laut.


setelah beberap lma kemudian kelihatan semut itu muncul semula di permukaan air laut bersama katak. melihat keadaan dua ekor binatang itu Nabi Sulaiman a.s bertambah hairan. lalu baginda bertanya kepada semut tersebut. " cuba engkau ceritakan kepadaku apa yang telah terjadi atas dirimu tadi?" semut itu menjawab: " sesungguhnya di bawah laut yang dalam ini ada sebuah batu yang besar sekali.di dalam batu itu ada bermacam-macam ulat. ulat-ulat itulah yang menjadi makanan harianku. kemudian dalam laut itu Allah menciptakan raja serupa katak. katak itulah yang sentiasa menjemputku masuk ke dalam laut. apabila aku telah sampai ke dalam laut, di tempat batu yang besaritu secara aneh sekali batu itu terbelah menjadi dua. ulat-ulat itu keluar lalu aku memakannya. demikianlah Ya Nabi Allah, rahmat Allah telah diberikan kepadaku. aku selalu bersyukur atas kurnia yang selalu melimpah daripada Allah."


mendengar cerita semut itu bukan main hairanya Nabi Sulaiman a.s. baginda tidak menyangka semut yang hidup di darat mampu mendapat rezekinya di dalam laut.


Subhanallah, begitu sekali rahmat Allah kepada hamba-Nya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang terhadap hamba-Nya. Allah akan mengurniakan dn memudahkan rezeki kepada hamba-nya selagi mana dia bersangka baik kepada Allah. jadi pengajarannya di sini, bersangka baik la kpd Allah, bertawakka dan jangan berputus asa. jika hari ini apa yang kita minta tak dapat, jangan berputus asa dan menyalahkan Allah kerana permintaan kita akan ditunaikan oleh Allah pada masa yang Dia inginkan dan tetapkan...jadi di situ wujudnya perasaan sabar..bersabarlah dgn apa yang menimpa kita.


sekian itu sahaja untuk hari ini 1 Ramadhan.

SALAM RAMADHAN...selamat berbuka puasa