Sunday, July 31, 2011

Rindu Ramadhan




RINDU RAMADHAN
Lagu/lirik/susunan muzik : Abd Halim Ahmad
2009 Copyright by Neurotic Studio

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan...

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan...

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan
Ramadhan Ya Ramadhan

Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran

.....................................................................................

Assalamulaikum.

Insya Allah, ramadhan akan tiba esok (1/09/11).malam ini malam pertama solat terawih.mudah-mudahan ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..Insya allah.sama-sama kita mengejar keberkatan di bulan yang mulia ini.sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadat,kebaikan untuk bekalan di SANA.

Disini saya ingin berkongsi sedikit hikmah berpuasa.Jangan sesakali kamu merungut tentang puasa kerana ianya ada hikmhnya.Antaranya ialah:

1) Menjaga kesihatan badan.
Orang yang sakit darah tinggi dn seumpnya pun biasa disuruh berpuasa oleh doctor untuk mengawaal penyakit mereka.

2) Menjiwai pedihnya menahan lapar.
Orang yang berpuasa dapat merasai perasaan sakit menahan kelaparan sebagaimana dirasai oleh orng yang susah hidup. Hal ini akan menimbulkan rasa kasihan terhadap orang miskin dan susah

3) Melahirkan keinsafan.
Dengan berpuasa dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri dan dapat membentuk jiwa suka membantu orang susah

Dan banyak lagi hikmahnya.jelaslah bahawa puasa merupakan satu ibadat yang amat baik.sejarah membuktikan orang Islam yang berpuasa berjaya memenangi peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan .jadi tiada alasan untuk mengatakan bulan Ramadhan bulan berehat walhal orang Muslim boleh menjadi lebih kuat.ambil kesempatan ini untuk menambah pahala.


******* Alhamdulillah, tahun ni sambut Ramadhan bersama family.. :) berpuasa selama sebulan bersama family terchenta..hohoho.sukenye.sekali seumur hidup.bukan senang dapat peluang mcm ni.selama ini berpuasa di perantauan..
hm, kepada sahabat-sahabat, sanak saudara SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENJALANI IBADAT DI BULAN YANG BARAKAH..**************

jom layan lagu Rindu Ramadhan by Devotees..layannzz