Saturday, April 24, 2010

Kini Kembali..

Setelah sekian lama kau koma akhirnya kau sedar,pulih seperti biasa. Berbulan-bulan lamanya hidupku tanpamu. Tidak ku sangka akhirnya kau dapat diselamatkan, alhamdulillah..segalanya sudah ditakdirkan. Terasa bagai bermimpi. Dahulunya,berbagai usaha yang telah aku lakukan untuk menyelamatkanmu namun gagal,akhirnya aku mencari peganti. Aku bukan curang tetapi saat itu aku terdesak.


Namun aku tak pernah melupakanmu. Aku terus berusaha, berikhtiar untuk mengubatimu. Selama beberapa bulan kau diubati di utara negeri Perak. Setiap kali aku pulang bercuti, aku akan bertanya akan keadaanmu. Namun hampa, keadaanmu tidak diketahui. Aku pasrah, aku mula beranggapan bahawa kau tak dapat diselamatkan berikutan masa yang diambil untuk memulihmu panjang, lama. Jadi aku telah menyuruh abahku untuk membawa pulangmu namun abahku tidak memberi apa-apa respon. Kau tetap dibiarkan di sana untuk terus diubati.


Cuti pada kali ini, aku dapat satu berita gembira. Kau telah pulih. Kau telah sedar dari koma yang lama. Kau kini sudah dibawa pulang ke rumah. Hatiku gembira sehingga tak terkata dan tak tergambar saat ketemumu. Aku tersenyum melihatmu…Kau lah Toshiba M200….kini kau kembali ke pangkuanku semula.

No comments:

Post a Comment