Saturday, June 11, 2011

LAGU RINDU



Diamku bukan membisu,


diamku bukan membenci,


Diamku merindui dirimu,


diamku mendoakan dirimu selalu


Aku merinduimu…


kuutuskan lagu RINDU buatmu…

Setitis demi setitis air mata gugur membasahi pipi


saat hati tak tertahan merinduimu..


Dari jauh aku merinduimu..


Dalam sepi aku menyayangimu..

Thursday, June 2, 2011

~suara hati~


Andainya...dapat engkau mendengarkan..
suara dihatiku melagukan rindu
kiranya dapat engkau mentafsirkan..
setiap bait kata-kata yang terucap
pasti dirimu kan memahami
harapan kasih yang terbina
sekian lama di sudut hatiku..hanyalah untukmu..


bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa..
namun bimbang dirikan terluka
aku hanya insan biasa
namun dirimu punya segala
antara kita bagai bumi dan langit
seperti enggang dan pipit..


aku hanya mampu memandang tanpa kata
kata cinta bersuara di hati..

SUKA DUKA 20.05.11

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?apa khabar iman?semoga semuanya dalam keadaan baik hendaknya.


Alhamdulillah short sem kali ni best, seronok,hepy..saat saya menulis entri ini adalah minggu keempat pembelajaran semester 3 2010/2011.banyak aktiviti dan perkara yang telah saya lakukan sepanjang minggu petama hingga minggu ketiga..tak macam short sem yang lepas, banyak rehat, dan tak buat apa..tapi kali sangat berbeza..macam2 ada. Contohnya sekarang saya sedang ‘busy’ untuk menjayakan sebuah program seminar hari guru yang akan diadakan pada 15 Jun 2011.seminar ini bukan calang2 seminar, seminar untuk guru-guru di Malaysia..


Ok, berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini..hm, ada apa dengan nombor itu??20.05.11..tarikh KERAMAT yang akan saya ingat sampai bila2 selagi hayatku disini..(macam tajuk lagu Devotees plak)..insya Allah. Banyak perkara yang telah berlaku pada tarikh tersebut. suka,duka….tarikh 20.05.11 adalah tarikh Majlis Pelancaran Album Berjalan Tanpa Henti-Devotees.pertama kali dalam hidup saya menghadiri majlis sedemikian rupa yang dihadiri oleh orang ternama,artis2, penggiat muzik tanah air dan juga media-media. Pertama kali..itulah rezeki namanya.sekali sekala dalam hidup perlu ada sesuatu yang baru..fresh..alhamdulillah, majlis itu berlangsung dengan jayanya.selepas 6 tahun kesetian saya bersama Devotees (ayat jiwang macam bercinta plak,SETIA) akhirnya saya dapat peluang bersama Devotees dalam majlis pelancaran tersebut (walaupun hanya sedikit)..kalau setengah orang mengatakan ini adalah biasa, bagi saya tidak..ok, saya akan tanya orang tu, pernah ke dia terlibat dalam majlis pelancaran album mana-mana artis, tak pun paling mudah artis yang dia minat, sokong and puja puji tu?so, jangan kata apa-apa.. sangat seronok la, apa tidaknya berlaku depn mata kita sendiri..macam tak percaya plak.jumpa plak dengan artis2 dan juga sempat berbual dengan Fedtri Yahya (Personaliti TV3 MHI).


Memang seronok..tak dapat dinafikan..hm, kisah duka pula bermula selepas majlis ini selesai dan para hadirin bersurai..ada la sedikit sesi fotografi antara satu sama lain..untuk kenang-kenangan.. J disebabkan terlalu sejuk (maybe la) kaki saya mengalami kekejangan yang kritikal (boleh dikatakan kritikal la sebab tak pernah rasa sebegitu sakit dan mengambil masa yang lama).dalam masa yang sama juga gastric menyerang (sebab lambat makan..hee.biasa la kalau ada program,tak makan) tq to my fren; Mazlina dan syuhada (sahabat yang baru dikenali)kerana risaukan saya, take care to me...(sorry susahkan)...rasa sakit itu didatangkan Allah supaya kita beringat-ingat..saya redha.. so, ‘conclusion’nya ikut kawan balik KUIS..maka kami bertiga pun bertolak ke Kuis dengan ‘follow’ abg Mat Devotees.entah macam mana terlepas pandang,kereta abg Mat hilang dari pandangan kami..ha, kami tersesat tak tahu mana arah hendak dituju ke timur atau ke barat..then kami pun call abg Mat and he give us a direction,so start dari situ kami bergerak sendirian,berdikari.signboard menjadi panduan.


Lastly kira2 pukul 8.30 mlm kami sampai di Serdang dan terpaksa berpisah dengan Syuhada kerana dia mengikuti keluarganya pulang ke Penang..tinggallah kami berdua meneruskan perjalanan ke Bandar Baru Bangi..Serdang dan Bandar Baru Bangi dekat tapi kami tak tahu jalan..tak expert..huuu.so tanye la sorang brother ni..then dia tolong tunjukkan jalan..lps tu kami pun bergerak sendirian…satu perkara yg tak boleh kami lupa, kami nyaris terlibat dengan kemalangan.. L iaitu hampir melanggar pembahagi jalan, nasib baik ketika itu tiada kereta yg datang dari arah bertentangan..mengucap panjang kami..alhamdulillah,dapat mengelak, dipanjangkan lagi umur.pastu jalan lagi..Berjalan tanpa henti…then,sesat plak…sesat smpai di Jalan Klang Lama…silap masuk cabang..lps tu jalan jamm.sangat sesak..takut jugak la tengok keadaan jln raya ms tu..bunyi hon yg bising…masa tu terpikir, dapat balik ke tak ni..macam mn la aku ni..so, kami bertenang dan berehat seketika..alhamdulillah,ada sorang pakcik yang menawarkan diri utk tunjuk jalan menuju ke sg. Besi..so, kami follow dia la…lastly kami selamat..tq to pakcik..kira2 pukul 11.00 mlm kami tiba di Kuis..alhamdulillah,setelah pelbagai rintangan akhirnya kami selamat tiba…SUKA DUKA 20.05.11



p/s: tq to Mazlina, syuhada, Dj FIr, DEvotees.. :)

Majlis Pelancaran Album Berjalan Tanpa Henti




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bukak blogspot ni..dah lama nk menulis, mengupdate kejadian ini tapi ada masalah teknikal plak..walaupun kejadian ni dah berlalu lebih kurang 2 minggu yg lalu, nk cerita juga..huuuuhu.

.....................................................................................................................................................

Pada 20 Mei 2011 yang lalu bersamaan hari mulia penghulu segala hari,Jumaat telah diadakan Majlis Pelancaran Album Berjalan Tanpa Henti – Devotees bertempat di Restoran Puteri Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Majlis juga diadakan bersempena ulangtahun ke-6 Devotees di persada seni tanahair.


Kira- pukul 2.40 petang beberapa wakil media sudah kelihatan. Sempat ditemuramah oleh krew2 Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, TV AlHijrah dan Portal Gua. Majlis telah dimulakan pada pukul 3.15 petang oleh pengacara jemputan, seorang selebriti TV3 yang tidak asing lagi iaitu Fedtri Yahya. Fedtri memang professional dalam mengendalikan majlis diselangi jenaka-jenaka sopan yang kelakar. Tema untuk majlis pada hari itu ialah ungu+ putih (ala-ala majlis perkahwinan)..cantikk…terpesona.seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Saudara Shauqi (Devotees) bagi mendapat keberkatan dari-Nya.


Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Azhar selaku Pengarah urusan Ez Qurban merangkap Penerbit Eksekutif album BTH . Ustaz Azhar adalah insan yang sangat berjasa kepada Devotees, kerana tanpa beliau album BTH mungkin tidak dapat direalisasikan. Seterusnya majlis ucapan daripada tetamu kehormat, Ir. Ahmad Jais Alias, CEO Koperasi Muslimin Malaysia. Dalam ucapannya, beliau berpesan supaya nasyid mengutamakan 2 elemen yang paling penting iaitu cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Selepas 2 elemen itu, barulah dimasukkan elemen2 lain. Selesai ucapa, beliau merasmikan majlis ini. Nperasmian dilakukan dengan menggunakan iPad2.


Devotees & album terbaru mereka.


Acara seterusnya ialah memotong kek. Kemudian sesi fotografi bersama tenaga-tenaga produksi Along Exists, Salleh Brotherz dan abg Taufik Nordin. Yasin dan Dakmie tidak dapat hadir. Majlis diteruskan dengan persembahan 3 buah lagu daripada album BTH iaitu BTH, Don't Walk Away dan Bersama akustik. Selesai persembahan, majlis diteruskan dengan sidang media ringkas. Devotees telah ditemubual oleh Galaksi TV9, Melodi TV3 dan Diva TV1. Majlis tersebut selesai kira-kira pukul 6.00 petang.


upacara memotong kek...kek yg sedap :)


p/s: Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album ‘Berjalan tanpa Henti’ edaran Wahyu Suci dan Erama di pasaran..