Saturday, February 11, 2012

Salah Siapa?





Bangau oh bangau,
Mengapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus,
Ikan tidak timbul.

Ikan oh ikan,
Mengapa kau tak timbul?
Macamana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat.


Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.


Katak oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku.


Ular oh ular,
Mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan.
Memang makanan aku.


Sapa tak tahu lagu ni?tak pernah dengar?bukan orang malaysia la tu..ni lagu tradisional orang Melayu dulu-dulu.budak2 dah diajar dan didengarkan lagu ni sejak kecil lagi.so, imposible la orang melayu tak tahu.tapi setakat mana kamu tahu?fahamkah dengan lirik2 maksudnya?tentang apakah lagu ini sebenar?adakah anda tahu?

ok, mai ceq ceghita cikit la..jika diperhatikan betul2 lagu ni mengambarkan sekumpulan orang or haiwan ke apa entah yang suka menyalahkan orang lain..atau lebih tepat tidak mengaku kesalahan dirinya malah menyalahkan orang lain pula..klau tak percaya cuba dengar video lagu tu semula..dengar baik2 ye..

walaupun dalam lirik itu menggunakan watak haiwan dan tumbuhan, namun mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah manusia,orang.penulis @ pencipta bait kata2 itu tidak menggunakan perkataan 'manusia @ orang' supaya sindiran tidak nampak begitu ketara, juga untuk menjaga hati manusia.hal ini kerana manusia khususnya orang melayu seorang yang baik hati iaitu sentiasa menjaga hati dan berlembut.

Lagu ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.

Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.

Jadi,apa yang penting ialah mengaku kesalahan diri sendiri.kemudian yakin akan kekutan2 yang ada pada diri.

:: LIHAT SEBELUM BERKATA ::

Imbasan Masa Lalu

::Devotees at UM Nilam Puri 2006::

Assalamualaikum semua.

sedang mengemas2 barang, tetiba terjumpa gambar ini..pastu saya scan..maka wujud la gambar ni..hee :) gambar pada tahun 2006 or 2005..tak sure sangat.dah lupa.gambr ni ehsan kawan baik saya yang juga meminati nasyid.semua kawan saya tahu saya meminati Devotees ni, so kredit to my friend, 'nona' bukan nama sebenar.hm,dah lama juga la saya meminati Devotees.sejak zaman sekolah hingga sekarang, hampir 6 tahun..ok, smg Devotees terus sucsess dlm kerjaya dan industri nasyid.good luck :)