Saturday, June 19, 2010

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku,tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah,
ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku,
Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku,
Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya


Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Thursday, June 10, 2010

Bersukan di Hujung Minggu.

Assalamualaikum..

SRC Traditional Games Carnival 2010




Alhamdulillah,akhirnya kami (sports & culture sectariat IIUM) berjaya mengadakan program kami iaitu SRC Traditional games Carnival 2010 pada 5 Jun 2010 yg lalu bertempat di Stadium Saidina Hamzah,UIA.alhamdulillah,syukur,setelah bertungkus lumus buat segala persediaan,akhirnya berjaya.Terima kasih di ucapkan kepada rakan2 komiti yg lain kerana memberi kerjasama.Kerjasama itu penting dlm melakukan sesuatu pekerjaan.apa yg penting?kerjasama..(wonderpet)hu.Terima Kasih gk di ucapkan kpd semua peserta yg hadir..program hari tu sangat seronok,meriah n happening.sy sangat berpuas hati.Tq to all.

Thursday, June 3, 2010

TRADITIONAL GAME CARNIVAL 2010


Antara permainan yg menarik ialah:
*baling selipar
*galah panjang
*sepak raga
*tarik upih
*bola beracun
*tarik tali
*kabadi

tarikh: 5 Jun 2010 (Sabtu)
masa: 7.30 pagi - 12 tghri
tempat: Stadium Saidina Hamzah, UIA

daftar segera di booth src di hadapan bank islam!!
yuran pendaftaran hanya RM3
sijil dan makanan pagi disediakan

BERSUKAN MENYIHATKAN BADAN