Tuesday, April 27, 2010

Short Sem

Assalamualaikum..

Sekarang dah start short sem (26/4/2010, cuti semester akhir hari tu sudah berakhir..hanya 2 minggu 3 hari sahaja.Rasa tak puas pulak.Asyik dok teringat kat rumah je.Barang-barang pun tak siap kemas lagi sejak hari Ahad lagi sampai.Cuma kemas 1 beg je,yang lain dibiarkan sahaja.Baju-baju tak keluarkan dari beg.Bukan apa, cuma tak de mood..org kata, kalau tak de mood,kena g cari.ha,kat mana ye nak cari?ada cadangan tak?kat kiosk mahallah Ameenah xtak de pun...hu.yela,mood dok kat rumah..hehe


Short sem ni amik 2 subjek je,cukup la tu,sudah memadai.Nama lagi short,maknanye pendek,masa singkat hanya 7 minggu je.Jadi amik sikit la takut nati tak boleh bawa pulak.Short sem ni tak macam long sem,pointer mudah terejas..jadi tuk elakkan perkara yang tak diingini,amik la yg termampu utk diri sendiri.Jgn memudaratkan diri sendiri..(pesanan penaja).Short sem ni saya amik subjk UNGGS 2030 (Islamic World View) n Sociology of Education, cuma 3 hari sahaja iaitu Isnin,Selasa n Rabu...Khamis,Jumaat cuti..haha.yg best, belajar socio ngn Sir Abbas,sem lepas dh belajar Ethics in Education ngn sir.saya suka belajar ngn sir sebabb sir seorang lecture yg baik hati n memahami.


Hah,short sem ni saya ada jumpa seorang yang saya kira bagus la, tak berputus asa.Dia ni tetap ingin belajar,tak berputus asa.sebelum ni dia pelajar tahun 4 tapi kena 'dismiss'dan sekarang dia still belajar jadi pelajar tahun pertama semula kos ict.nak gitaw kat sini,walaupun dh dismiss,dia masa bersemangat tuk belajar.dia tabah.dah la dh tahun akhir masa tuh,saat2 akhir nk grade dh tuh.kalau ikutkan mesti sedih n kecewa kan,yela,dh abiskan masa 4 tahun dh.tp apa yg berlaku ada hikmahnya.tak rugi pun,dapat banyak ilmu n pengalaman..asalkan kita buat sesuatu tu ngn hati yg ikhlas.Insya ALLAH,akan mendapat ganjaran suatu hari nanti.seseorang itu tidak akan berjaya sepenuhnya jika tidak merasai kegagalan.gagal sekali tidak ermakna gagal selama-lamanya.dan tidak bermakna lemah.orang yang gagal n lemah ialah orang yang tidak bangkit dari kegagalan.


sekian sahaja dari saya utk kali ni, yg baik dijadikan panduan,yg buruk dijadikan pedoman.wallahu a'alam....

Saturday, April 24, 2010

Kini Kembali..

Setelah sekian lama kau koma akhirnya kau sedar,pulih seperti biasa. Berbulan-bulan lamanya hidupku tanpamu. Tidak ku sangka akhirnya kau dapat diselamatkan, alhamdulillah..segalanya sudah ditakdirkan. Terasa bagai bermimpi. Dahulunya,berbagai usaha yang telah aku lakukan untuk menyelamatkanmu namun gagal,akhirnya aku mencari peganti. Aku bukan curang tetapi saat itu aku terdesak.


Namun aku tak pernah melupakanmu. Aku terus berusaha, berikhtiar untuk mengubatimu. Selama beberapa bulan kau diubati di utara negeri Perak. Setiap kali aku pulang bercuti, aku akan bertanya akan keadaanmu. Namun hampa, keadaanmu tidak diketahui. Aku pasrah, aku mula beranggapan bahawa kau tak dapat diselamatkan berikutan masa yang diambil untuk memulihmu panjang, lama. Jadi aku telah menyuruh abahku untuk membawa pulangmu namun abahku tidak memberi apa-apa respon. Kau tetap dibiarkan di sana untuk terus diubati.


Cuti pada kali ini, aku dapat satu berita gembira. Kau telah pulih. Kau telah sedar dari koma yang lama. Kau kini sudah dibawa pulang ke rumah. Hatiku gembira sehingga tak terkata dan tak tergambar saat ketemumu. Aku tersenyum melihatmu…Kau lah Toshiba M200….kini kau kembali ke pangkuanku semula.

Tuesday, April 13, 2010

ٍٍSyair Qis b. Saidah

Suatu petang selepas menunaikan solat Asar sementara menunggu masuknya waktu solat Maghrib, Nabi S.A.W, berbual dengan Abu Bakar as-Sidiq.



“Saya teringat seorang penyair bernama Qus / Qis bin Saidah. Pada suatu hari, dia menunggang unta berwarna kelabu di pasar Ukaz, Mekah. Dia membacakan syairnya di hadapan orang ramai. Akan tetapi saya sudah lupa syair yang telah dibacakannya,”kata Nabi Muhammad S.A.W kepada Abu Bakar as-Sidiq.



“Wahai Rasulullah, pada hari itu saya juga berada di pasar Ukaz dan saya masih ingat syair yang di baca olehnya,”kata Abu Bakar as-Sidiq. Kemudian dia membacakan syair tersebut. Syair tersebut berbunyi :



" Wahai sekalian manusia, dengarkanlah apa yang akan aku ucapkan. Sekiranya kamu menghafalnya, maka kamu akan mendapat faedahnya. Sesungguhnya orang yang hidup akan mati dan setiap yang mati akan binasa. Sesungguhnya akan dating perkhabaran dari langit. Aku bersumpah, sesungguhnya ada agama yang kamu anuti. Aku melihat mereka yang sudah pergi namun tidak pernah kembali. Apakah mereka aman berada di sana ataupun ditinggalkan buat selama-lama?”



Selepas selesai membacakan syair, Nabi Muhammad S.A.W membenarkan apa yang dikatakan oleh Abu Bakar as-Sidiq itu.



Sesungguhnya segala benda hidup di atas muka bumi ini akan musnah. Tiada yang kekal melainkan penciptanya, Allah S.W.T. Yang hidup akan mati. Dan yang sudah pergi (mati) tidak akan kembali lagi. Dia tidak akan kembali pulang kepada keluarga dan sanak saudaranya untuk menceritakan keadaanya semasa di sana (alam kubur). Jadi, tiada siapa yang mengetahui bagaimana kehidupan dan keadaan alam barzakh. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.