Wednesday, March 10, 2010

Bahagia...

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati..

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani..

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan...

Hidup lebih bahagia jika mengingati Allah
kerana dengan mengingati Allah
hati akan menjadi tenang
Ingatlah Allah sentiasa
walau di mana kita berada.

Setiap saat ingat Allah,
walau susah atau pun senang
Allah sentiasa besama hambaNya....

No comments:

Post a Comment