Saturday, May 15, 2010

HAPPY TEACHER'S DAY

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
kerana malamgelap
Dan bintanghilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Aku kini rindu
Pada satu nama yg berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Kupohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku




SELAMAT HARI GURU ditujukan buat :
  • my lovely mum
  • guru2 ku semasa menuntut di Sk.Desa Pahlawan
  • cikgu2,ustaz,ustazah sek Maahad Syamsul Maarif PC
  • lecturers CFS IIUM (ust Majid,ustzh Mazlina,ustzh Madiha,Ust Maad,ust Yunus & ..)
  • lecturer IIUM (especially lecturer INSTED-Dr Ariffin,Sir Abbas & ;...)

Siapalah kita tanpa guru
Kerana guru,adanya seorang doktor
Kerana guru,lahirnya seorang engineer
Kerana guru adanya seorang perdana menteri.
Segalanya adalah kerana seorang insan yg bergelar GURU
GURUpenyuluh kegelapan hidup...

terima kasih CIKGU..

Melaka owh melaka.......

Assalamualaikum....

Sambung cerita.ha,lps habis program kem penghayatan Al-Quran sk.Klebang Besar,Melaka (kira2 pkul 1)kami pun naik bas (bas uia).kami pergi mn?kami g jln2.mula2 kami berhenti di pantai Puteri utk solat zohor.lps tu bergerak ke Dataran Pahlawan.kat situ kami melawat Muzium Kesultanan Melayu Melaka.Lps tu bergerak ke Taman Larangan yg berada bertentangan dgn muzium.taman tu sungguh cantik sekali.very nice.lps tu kami jln2 sekitar dataran pahlawan tu sehingga pukul 6 baru bertolak menuju ke masjid selat plak.masjid ni sangat cantik.subhanallah.masjid terapung.begitu kagum sekali.islam di mana shj.betapa Islam sangat tinggi,tersebar di merata,di segenap pelusuk.alhamdulillah.kami solat mghrib n jama isya' di masjid tu.


Kira2 pukul 8 mlm kami bertolak sekali lagi ke Dataran Pahlawan utk menikmati mkn malam yg telah di sponsor oleh YB Dato Ali Rustam(MB Melaka),syukur alhamdulillah.makanannya sungguh sedap sekali,mcm2 ada,gulai udang,masak asam pedas ikan pari,telur goreng special dan lain2 lagi.sedap tapi..........P.E.D.A.S..hehe.biasa la nm lagi Melaka.makanannya mmg pedas...x boleh la saya nak jd org Melakau (melaka) sebab x tahan makan pedas..hu.lps makan kami naik river cruise plak.seronok naik river cruise,melihat keindahan pemandangan melaka pada waktu malam.cantik sungguh.hm,yg x dpt dilupakan ada antara kami yg tertelan air sungai tu..eee..mcm mn la rasanya air sg tu (air kotor)
.

Sebelum pulang,sambil menanti bas dtg,kami jln2 di kawasan sekitar.bas sampai kira2 pukul 11 sebab jln sesak.dlm perjalanan pulang ke uia aa yg tdo kerana kepenatan.mana tak nya dari pagi sampai ke malam tak rehat pun.walaupun penat tp kami sangat seronok.selain dpt mencurhkan bakti utk program kem penghayatan Al-quran tu,dpt gk berjalan2 di bandaraya bersejarah.alhamulillah,subhanallah...


Setakat ini sahaja cerita saya di Melaka.sangat seronok.alhamdulillah,saya dapat mengikuti program QYC pada kali ni.sebab sebenarnya pada tarikh tu ibu saya nk datang kL,tapi tetiba x jadi plak.jd saya dpt join la program tu..alhamdulillah..

fasi2 n komiti bergambar kenangan di hadapan Muzium Kesultanan Melaka

depan sg,dpn kinci air

gambar fasi2 n komti2 yg di ambil semasa berada di atas river cruise :-)

keretapi tanah melayu...

berjalan-jalan di sekitar Dataran Pahlawan.

atas tangga di Muzium Kesultanan Melaka

pemandangan malam negeri Melaka.gambar di ambil semasa menaiki 'river cruise'.

Thursday, May 13, 2010

KEM PENGHAYATAN AL-QURAN

Assalamualaikum........


Cuti hujung minggu yg lepas (7 & 8 mei 2010) sy telah pergi ke Melaka,negeri bersejarah. Buat ape?hehe2. ada tugasnya.bukan saja2.hari Jumaat dan sabtu yg lalu saya jadi fasilitator untuk program Kem Penghayatan Al-Quran utk pelajar2 sek Keb. Klebang Besar,Melaka.program ni adalah anjuran panitia agama islam Sek.Keb Klebang Besar bersama Kelab Remaja Al-Quran (QYC) UIAM.seramai 40 lebih(x sure) committees n fasilitator yg turut terlibat.kami bertolak dari UIA pada pukul 7 pagi dan sampai di sekolah tersebut pada pukul 10 pagi..



Sungguh seronok jadi fasi, dapat pengalaman.tambahan plak dapat pahala sebab mengajar mengaji, ilmu Al-Quran.perkara ni bukan suatu yg asing bagi saya sebab saya dah biasa,kat rumah kadang2 gantikan ibu mengajar budak2 mengaji dan saya juga pernah ada pengalaman mengajar kelas agama (kafa) kat sek rendah sendiri (sek.keb.desa pahlawan).pengalaman mengajar erti kehidupan.ianya tidak dapat dibeli.. :-)




selain talk,mengajar mengaji,ada juga game.ptg tu ada explorace-Al-Quran dihatiku.sangat seronok explorace tu.saya dapat tgok wajah adik2 yg ceria dan genbira masa time main explorace tu.banyak tugasan yg diberikan kpd adik2.antaranya ialah membuat pakaian prince n princess drp suratkhabar,melaungkan azan subuh dan bacaan jawapannya,doa unut dan banyak lagi...kalau tak dapat jawab soalan adik2 kena denda.antara dendanya ialah kena tabur tepung.habis muka adik2 putih,dipenuhi dgn tepung.cian mereka. :-(




Antara slot yg paling x dapat dilupakan ialah modul 2 iaitu "menghargai ibu bapa kita".slot ni paling menyentuh perasaan.ia telah disampaikan oleh saudara izzat.semua pelajar sedih dan menangis teresak2 semasa slot ni.masa slot ni menceritakan kisah anak yang menyesal kerana tidak berbuat baik kpd ibunya (lebih kurang la).sangat sedih,sehinggakan saya turut rasa ingin menitiskan air mata.saat ini juga saya teringatkan ibu di rumah,rasa nakbalik rumah..huu.slot ni sangat terkesan kt diri masing2..jadi pengajarannya,berbuat baik lah kpd ibu dan ayah selagi mana mereka masih hidup.sesungguhnya redha Allah bergantung pd redha kedua ibubapa.


Selain tu,perkara yg x dapat dilupakan ialah berjaga mengawasi kawasan sekitar dan penghuni2nya.kami fasi2 telah diberi tugas berjaga.saya kena berjaga pada pukul 3-4 pagi.setiap satu 'shift' 3 orang fasi yg bertugas.masa saya bertugas,kedengaran bunyi riuh rendah.rupa2nya adik2 pelajar lelaki dah pun bangun.masa tu pukul 4.awal sungguh mereka bangun.excited nak qiamulail kot.abg2 dan kakak2 fasi pun belum bangun lagi.bagus betul adik2 ni.kot2 mereka x dapat tidur lena kot,sbb tu bangun awl pagi.adik2 pelajar lelaki tidur kat dalam khemah .


Next,bfore program tu habis, pelajar2 dikehendaki membuat persembahan iaitu kena buat cheer utk kumpulan masing2.kumpulan saya namanya 'Semut Api'.pelik nye bunyi..unik la.hehe.knape semut api?sebab semut adalah haiwan yg rajin,dan semut api plak semut yg rajin dan kuat..kumpulan kami kuat.hehe.caya la.


enjit-enjit semut,sape baik naik atas
enjit-enjit semut,sape nakal turun bawah
enjit-enjit semut,sape rajin naik atas
enjit-enjit semut sape malas turun bawah


lagu kumpulan semut api.. :-)




tu la cerita yg dapat saya kongsikan sepanjang menjadi fasilitator kem penghayatan Al-Quran.sungguh seronok dan dapat pengalaman...wallaua'alam.

Tuesday, May 11, 2010

i LOVE u..

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku

bila kuberduka, engkau hiburkan selalu


9 Mei adalah hari ibu, tapi saya tak sempat nak wish kat ibu saya.maaf ye ibu, angah terlupa, tak sengaja. Kelmarin ada banyak kerja, bukan tak ingat tapi lupa (sama je kan.tapi betul2 tak sengaja sebab kelmarin seharian sibuk siapkan assigment. lepas tu bila teringat, tak sempat nk call plak. sampai la harini baru call.akhirnya malam tadi wish kat ibu :"selamat hari ibu,ibu". ibu pun tanya, bila hari ibu (ibu saja2 tanya padahal dah tahu).kelmarin,ibu,maaf angah tak sempat nak wish kelmarin.ibu nak hadiah apa? hm,nak bagi hadiah apa ye kat ibu..selama ni, ibu bnyak bg kt saya.kadang2 tak mintak pun tp ibu belikan.saya bersyukur dapat ibu yg baik hati tak macam orang lain yg nk kan sesuatu sampai meminta2,merayu2 kat mak dia,suruh mak dia belikan tp saya tak.terima kasih ibu.


saya sayang ibu saya.sangat sayangggggg..terima kasih ibu kerana melahirkan angah,menjaga,mendidik dan membesarkan angah. ibu selalu take care,jaga angah. kalau angah sakit, ibu akan sapu ubat kat angah.antara ramai2 anak ibu,angah la yg mengalami masalah kesihatan, sikit2 sakit, ibu tak pernah mengeluh. buat kerja berat sikit tak boleh, jadi ibu tak menyuruh saya buat kerja2 yg berat.setiap kali call ibu, ibu akan tanya, dh makan belum?ibu sangat ambil berat terhadap anak2nya.ibu risau kat diri saya yg kadang2 sakit. sebab tu la masa mula2 dpt masuk uia lps spm,saya gembira tp ibu diam je, tak cakap ap2 pun.ibu kelihatan risau dan berat hati untuk melepaskan saya pergi belajar.sebab sebelum ni saya tak pernah berjauhan dgn ibu.masa sekolah dulu, saya tak pernah dok asrama.pernah sekali saya minta izin kat ibu tuk dok asrama tp ibu tak izinkan sebab risau akan diriku.


banyak sangat yg ibu telah berikan kt angah terutama kasih sayang yg x dapt di cari di mn,hanya dari ibu shj.tq ibu,terima kasih buat segala apa yg telah ibu berikan. miss u ibu...(nak balik)




Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena


i LOVE u, ibu..


*redha Allah bergantung kpd redha ibubapa.
berbuat baik la kpd ibu kerana syurga di bawah telapak kaki ibu..


Tuesday, April 27, 2010

Short Sem

Assalamualaikum..

Sekarang dah start short sem (26/4/2010, cuti semester akhir hari tu sudah berakhir..hanya 2 minggu 3 hari sahaja.Rasa tak puas pulak.Asyik dok teringat kat rumah je.Barang-barang pun tak siap kemas lagi sejak hari Ahad lagi sampai.Cuma kemas 1 beg je,yang lain dibiarkan sahaja.Baju-baju tak keluarkan dari beg.Bukan apa, cuma tak de mood..org kata, kalau tak de mood,kena g cari.ha,kat mana ye nak cari?ada cadangan tak?kat kiosk mahallah Ameenah xtak de pun...hu.yela,mood dok kat rumah..hehe


Short sem ni amik 2 subjek je,cukup la tu,sudah memadai.Nama lagi short,maknanye pendek,masa singkat hanya 7 minggu je.Jadi amik sikit la takut nati tak boleh bawa pulak.Short sem ni tak macam long sem,pointer mudah terejas..jadi tuk elakkan perkara yang tak diingini,amik la yg termampu utk diri sendiri.Jgn memudaratkan diri sendiri..(pesanan penaja).Short sem ni saya amik subjk UNGGS 2030 (Islamic World View) n Sociology of Education, cuma 3 hari sahaja iaitu Isnin,Selasa n Rabu...Khamis,Jumaat cuti..haha.yg best, belajar socio ngn Sir Abbas,sem lepas dh belajar Ethics in Education ngn sir.saya suka belajar ngn sir sebabb sir seorang lecture yg baik hati n memahami.


Hah,short sem ni saya ada jumpa seorang yang saya kira bagus la, tak berputus asa.Dia ni tetap ingin belajar,tak berputus asa.sebelum ni dia pelajar tahun 4 tapi kena 'dismiss'dan sekarang dia still belajar jadi pelajar tahun pertama semula kos ict.nak gitaw kat sini,walaupun dh dismiss,dia masa bersemangat tuk belajar.dia tabah.dah la dh tahun akhir masa tuh,saat2 akhir nk grade dh tuh.kalau ikutkan mesti sedih n kecewa kan,yela,dh abiskan masa 4 tahun dh.tp apa yg berlaku ada hikmahnya.tak rugi pun,dapat banyak ilmu n pengalaman..asalkan kita buat sesuatu tu ngn hati yg ikhlas.Insya ALLAH,akan mendapat ganjaran suatu hari nanti.seseorang itu tidak akan berjaya sepenuhnya jika tidak merasai kegagalan.gagal sekali tidak ermakna gagal selama-lamanya.dan tidak bermakna lemah.orang yang gagal n lemah ialah orang yang tidak bangkit dari kegagalan.


sekian sahaja dari saya utk kali ni, yg baik dijadikan panduan,yg buruk dijadikan pedoman.wallahu a'alam....

Saturday, April 24, 2010

Kini Kembali..

Setelah sekian lama kau koma akhirnya kau sedar,pulih seperti biasa. Berbulan-bulan lamanya hidupku tanpamu. Tidak ku sangka akhirnya kau dapat diselamatkan, alhamdulillah..segalanya sudah ditakdirkan. Terasa bagai bermimpi. Dahulunya,berbagai usaha yang telah aku lakukan untuk menyelamatkanmu namun gagal,akhirnya aku mencari peganti. Aku bukan curang tetapi saat itu aku terdesak.


Namun aku tak pernah melupakanmu. Aku terus berusaha, berikhtiar untuk mengubatimu. Selama beberapa bulan kau diubati di utara negeri Perak. Setiap kali aku pulang bercuti, aku akan bertanya akan keadaanmu. Namun hampa, keadaanmu tidak diketahui. Aku pasrah, aku mula beranggapan bahawa kau tak dapat diselamatkan berikutan masa yang diambil untuk memulihmu panjang, lama. Jadi aku telah menyuruh abahku untuk membawa pulangmu namun abahku tidak memberi apa-apa respon. Kau tetap dibiarkan di sana untuk terus diubati.


Cuti pada kali ini, aku dapat satu berita gembira. Kau telah pulih. Kau telah sedar dari koma yang lama. Kau kini sudah dibawa pulang ke rumah. Hatiku gembira sehingga tak terkata dan tak tergambar saat ketemumu. Aku tersenyum melihatmu…Kau lah Toshiba M200….kini kau kembali ke pangkuanku semula.

Tuesday, April 13, 2010

ٍٍSyair Qis b. Saidah

Suatu petang selepas menunaikan solat Asar sementara menunggu masuknya waktu solat Maghrib, Nabi S.A.W, berbual dengan Abu Bakar as-Sidiq.



“Saya teringat seorang penyair bernama Qus / Qis bin Saidah. Pada suatu hari, dia menunggang unta berwarna kelabu di pasar Ukaz, Mekah. Dia membacakan syairnya di hadapan orang ramai. Akan tetapi saya sudah lupa syair yang telah dibacakannya,”kata Nabi Muhammad S.A.W kepada Abu Bakar as-Sidiq.



“Wahai Rasulullah, pada hari itu saya juga berada di pasar Ukaz dan saya masih ingat syair yang di baca olehnya,”kata Abu Bakar as-Sidiq. Kemudian dia membacakan syair tersebut. Syair tersebut berbunyi :



" Wahai sekalian manusia, dengarkanlah apa yang akan aku ucapkan. Sekiranya kamu menghafalnya, maka kamu akan mendapat faedahnya. Sesungguhnya orang yang hidup akan mati dan setiap yang mati akan binasa. Sesungguhnya akan dating perkhabaran dari langit. Aku bersumpah, sesungguhnya ada agama yang kamu anuti. Aku melihat mereka yang sudah pergi namun tidak pernah kembali. Apakah mereka aman berada di sana ataupun ditinggalkan buat selama-lama?”



Selepas selesai membacakan syair, Nabi Muhammad S.A.W membenarkan apa yang dikatakan oleh Abu Bakar as-Sidiq itu.



Sesungguhnya segala benda hidup di atas muka bumi ini akan musnah. Tiada yang kekal melainkan penciptanya, Allah S.W.T. Yang hidup akan mati. Dan yang sudah pergi (mati) tidak akan kembali lagi. Dia tidak akan kembali pulang kepada keluarga dan sanak saudaranya untuk menceritakan keadaanya semasa di sana (alam kubur). Jadi, tiada siapa yang mengetahui bagaimana kehidupan dan keadaan alam barzakh. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.