Saturday, June 19, 2010

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku,tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah,
ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku,
Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku,
Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya


Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Thursday, June 10, 2010

Bersukan di Hujung Minggu.

Assalamualaikum..

SRC Traditional Games Carnival 2010




Alhamdulillah,akhirnya kami (sports & culture sectariat IIUM) berjaya mengadakan program kami iaitu SRC Traditional games Carnival 2010 pada 5 Jun 2010 yg lalu bertempat di Stadium Saidina Hamzah,UIA.alhamdulillah,syukur,setelah bertungkus lumus buat segala persediaan,akhirnya berjaya.Terima kasih di ucapkan kepada rakan2 komiti yg lain kerana memberi kerjasama.Kerjasama itu penting dlm melakukan sesuatu pekerjaan.apa yg penting?kerjasama..(wonderpet)hu.Terima Kasih gk di ucapkan kpd semua peserta yg hadir..program hari tu sangat seronok,meriah n happening.sy sangat berpuas hati.Tq to all.

Thursday, June 3, 2010

TRADITIONAL GAME CARNIVAL 2010


Antara permainan yg menarik ialah:
*baling selipar
*galah panjang
*sepak raga
*tarik upih
*bola beracun
*tarik tali
*kabadi

tarikh: 5 Jun 2010 (Sabtu)
masa: 7.30 pagi - 12 tghri
tempat: Stadium Saidina Hamzah, UIA

daftar segera di booth src di hadapan bank islam!!
yuran pendaftaran hanya RM3
sijil dan makanan pagi disediakan

BERSUKAN MENYIHATKAN BADAN

Saturday, May 29, 2010

Musibah..


Anggaplah musibah itu ringan tentu ia menjadi ringan.


Jgnlah memandang musibah kamu itu sebagai musibah yg terbesa,tp lihatlah musibah yg menimpa org lain yg kadang kala lebih besar darimu.Di situ kamu akan mendapati musibah yg menimpa kamu bagaikan setitis air di lautan apabila dibandingkan dgn musibah yg menimpa mereka.


jadi,apabila tangan kamu patah,maka lihatlah org yg sudah putus tangannya.Jika harta kamu hilang,maka lihatlah org yg tidak mendapatkan makanan utk dirinya sendiri atau keluarganya.Jika kamu sakit selama sebulan atau dua bulan,maka lihatlah org yg sakit berterusan.Jika kamu kehilangan salah seorang anak lantaran meninggal dunia,maka lihatlah org yg kehilangan seluruh anak dan keluarganya dalam satu tragedi atau musibah.


Jika kamu merasakan itu,kamu pasti sedar bahawa ada org yg lebih kuat imannya dan lebih besar redhanya dari kamu.Ini akan menjadi motivasi kpdmu utk menelusuri dan mengikut jejak langkah mereka supaya kamu memperoleh ganjaran pahala yg telah mereka perolehi dan mencapai kedudukan yg telah mereka capai.


tirulah jika kamu ingin seperti mereka
meniru tokoh agung mereka suatu kemenangan


Ibn al-Jauzi berkata,"Barangsiapa yg mendapat cubaan lalu dia ingin menghilangkannya,maka anggaplah cubaan itusebagai musibah yg ringan,bayangkanlah pahalanya dan renungilah musibah yg lebih besar daripada itu.Dengan cara ini dia mampu segera menghilangkan fikiran buruk dalam dirinya.


Anggaplah cubaan itu segera hilang kerana tanpa penderitaan tentu tidak ada ketenangan yg diidamkan.Ketahuilah bahawa dugaan sama seperti tetamu yg patut dihormati,maka periksalah keperluan tetamu tersebut pada setiap saat.dengan cara itu,musibah akan segera dapat ditangani.Alangkah indahnya pujian yg diberikan tetamu di hadapan khalayak ramai dan menceritakan kebaikan tuan rumah di hadapan org lain.


Demikian pula seorg mukmin ketika berada dlm kesusahan.Dia sebaiknya memuhasabahdirinya..apa yg telah dia lakukan samaada pernah menyakiti org lain tanpa sedar atau pun tidak.


Redhailah di atas musibah yg menimpa diri.Sesungguhnya musibah itu mengajar kita erti kehidupan.Juga ia merupakan kafarah dosa2 lalu.


Wallahua'alam..

Saturday, May 15, 2010

HAPPY TEACHER'S DAY

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
kerana malamgelap
Dan bintanghilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Aku kini rindu
Pada satu nama yg berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Kupohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku




SELAMAT HARI GURU ditujukan buat :
  • my lovely mum
  • guru2 ku semasa menuntut di Sk.Desa Pahlawan
  • cikgu2,ustaz,ustazah sek Maahad Syamsul Maarif PC
  • lecturers CFS IIUM (ust Majid,ustzh Mazlina,ustzh Madiha,Ust Maad,ust Yunus & ..)
  • lecturer IIUM (especially lecturer INSTED-Dr Ariffin,Sir Abbas & ;...)

Siapalah kita tanpa guru
Kerana guru,adanya seorang doktor
Kerana guru,lahirnya seorang engineer
Kerana guru adanya seorang perdana menteri.
Segalanya adalah kerana seorang insan yg bergelar GURU
GURUpenyuluh kegelapan hidup...

terima kasih CIKGU..

Melaka owh melaka.......

Assalamualaikum....

Sambung cerita.ha,lps habis program kem penghayatan Al-Quran sk.Klebang Besar,Melaka (kira2 pkul 1)kami pun naik bas (bas uia).kami pergi mn?kami g jln2.mula2 kami berhenti di pantai Puteri utk solat zohor.lps tu bergerak ke Dataran Pahlawan.kat situ kami melawat Muzium Kesultanan Melayu Melaka.Lps tu bergerak ke Taman Larangan yg berada bertentangan dgn muzium.taman tu sungguh cantik sekali.very nice.lps tu kami jln2 sekitar dataran pahlawan tu sehingga pukul 6 baru bertolak menuju ke masjid selat plak.masjid ni sangat cantik.subhanallah.masjid terapung.begitu kagum sekali.islam di mana shj.betapa Islam sangat tinggi,tersebar di merata,di segenap pelusuk.alhamdulillah.kami solat mghrib n jama isya' di masjid tu.


Kira2 pukul 8 mlm kami bertolak sekali lagi ke Dataran Pahlawan utk menikmati mkn malam yg telah di sponsor oleh YB Dato Ali Rustam(MB Melaka),syukur alhamdulillah.makanannya sungguh sedap sekali,mcm2 ada,gulai udang,masak asam pedas ikan pari,telur goreng special dan lain2 lagi.sedap tapi..........P.E.D.A.S..hehe.biasa la nm lagi Melaka.makanannya mmg pedas...x boleh la saya nak jd org Melakau (melaka) sebab x tahan makan pedas..hu.lps makan kami naik river cruise plak.seronok naik river cruise,melihat keindahan pemandangan melaka pada waktu malam.cantik sungguh.hm,yg x dpt dilupakan ada antara kami yg tertelan air sungai tu..eee..mcm mn la rasanya air sg tu (air kotor)
.

Sebelum pulang,sambil menanti bas dtg,kami jln2 di kawasan sekitar.bas sampai kira2 pukul 11 sebab jln sesak.dlm perjalanan pulang ke uia aa yg tdo kerana kepenatan.mana tak nya dari pagi sampai ke malam tak rehat pun.walaupun penat tp kami sangat seronok.selain dpt mencurhkan bakti utk program kem penghayatan Al-quran tu,dpt gk berjalan2 di bandaraya bersejarah.alhamulillah,subhanallah...


Setakat ini sahaja cerita saya di Melaka.sangat seronok.alhamdulillah,saya dapat mengikuti program QYC pada kali ni.sebab sebenarnya pada tarikh tu ibu saya nk datang kL,tapi tetiba x jadi plak.jd saya dpt join la program tu..alhamdulillah..

fasi2 n komiti bergambar kenangan di hadapan Muzium Kesultanan Melaka

depan sg,dpn kinci air

gambar fasi2 n komti2 yg di ambil semasa berada di atas river cruise :-)

keretapi tanah melayu...

berjalan-jalan di sekitar Dataran Pahlawan.

atas tangga di Muzium Kesultanan Melaka

pemandangan malam negeri Melaka.gambar di ambil semasa menaiki 'river cruise'.

Thursday, May 13, 2010

KEM PENGHAYATAN AL-QURAN

Assalamualaikum........


Cuti hujung minggu yg lepas (7 & 8 mei 2010) sy telah pergi ke Melaka,negeri bersejarah. Buat ape?hehe2. ada tugasnya.bukan saja2.hari Jumaat dan sabtu yg lalu saya jadi fasilitator untuk program Kem Penghayatan Al-Quran utk pelajar2 sek Keb. Klebang Besar,Melaka.program ni adalah anjuran panitia agama islam Sek.Keb Klebang Besar bersama Kelab Remaja Al-Quran (QYC) UIAM.seramai 40 lebih(x sure) committees n fasilitator yg turut terlibat.kami bertolak dari UIA pada pukul 7 pagi dan sampai di sekolah tersebut pada pukul 10 pagi..



Sungguh seronok jadi fasi, dapat pengalaman.tambahan plak dapat pahala sebab mengajar mengaji, ilmu Al-Quran.perkara ni bukan suatu yg asing bagi saya sebab saya dah biasa,kat rumah kadang2 gantikan ibu mengajar budak2 mengaji dan saya juga pernah ada pengalaman mengajar kelas agama (kafa) kat sek rendah sendiri (sek.keb.desa pahlawan).pengalaman mengajar erti kehidupan.ianya tidak dapat dibeli.. :-)




selain talk,mengajar mengaji,ada juga game.ptg tu ada explorace-Al-Quran dihatiku.sangat seronok explorace tu.saya dapat tgok wajah adik2 yg ceria dan genbira masa time main explorace tu.banyak tugasan yg diberikan kpd adik2.antaranya ialah membuat pakaian prince n princess drp suratkhabar,melaungkan azan subuh dan bacaan jawapannya,doa unut dan banyak lagi...kalau tak dapat jawab soalan adik2 kena denda.antara dendanya ialah kena tabur tepung.habis muka adik2 putih,dipenuhi dgn tepung.cian mereka. :-(




Antara slot yg paling x dapat dilupakan ialah modul 2 iaitu "menghargai ibu bapa kita".slot ni paling menyentuh perasaan.ia telah disampaikan oleh saudara izzat.semua pelajar sedih dan menangis teresak2 semasa slot ni.masa slot ni menceritakan kisah anak yang menyesal kerana tidak berbuat baik kpd ibunya (lebih kurang la).sangat sedih,sehinggakan saya turut rasa ingin menitiskan air mata.saat ini juga saya teringatkan ibu di rumah,rasa nakbalik rumah..huu.slot ni sangat terkesan kt diri masing2..jadi pengajarannya,berbuat baik lah kpd ibu dan ayah selagi mana mereka masih hidup.sesungguhnya redha Allah bergantung pd redha kedua ibubapa.


Selain tu,perkara yg x dapat dilupakan ialah berjaga mengawasi kawasan sekitar dan penghuni2nya.kami fasi2 telah diberi tugas berjaga.saya kena berjaga pada pukul 3-4 pagi.setiap satu 'shift' 3 orang fasi yg bertugas.masa saya bertugas,kedengaran bunyi riuh rendah.rupa2nya adik2 pelajar lelaki dah pun bangun.masa tu pukul 4.awal sungguh mereka bangun.excited nak qiamulail kot.abg2 dan kakak2 fasi pun belum bangun lagi.bagus betul adik2 ni.kot2 mereka x dapat tidur lena kot,sbb tu bangun awl pagi.adik2 pelajar lelaki tidur kat dalam khemah .


Next,bfore program tu habis, pelajar2 dikehendaki membuat persembahan iaitu kena buat cheer utk kumpulan masing2.kumpulan saya namanya 'Semut Api'.pelik nye bunyi..unik la.hehe.knape semut api?sebab semut adalah haiwan yg rajin,dan semut api plak semut yg rajin dan kuat..kumpulan kami kuat.hehe.caya la.


enjit-enjit semut,sape baik naik atas
enjit-enjit semut,sape nakal turun bawah
enjit-enjit semut,sape rajin naik atas
enjit-enjit semut sape malas turun bawah


lagu kumpulan semut api.. :-)




tu la cerita yg dapat saya kongsikan sepanjang menjadi fasilitator kem penghayatan Al-Quran.sungguh seronok dan dapat pengalaman...wallaua'alam.