Thursday, June 2, 2011

Majlis Pelancaran Album Berjalan Tanpa Henti




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bukak blogspot ni..dah lama nk menulis, mengupdate kejadian ini tapi ada masalah teknikal plak..walaupun kejadian ni dah berlalu lebih kurang 2 minggu yg lalu, nk cerita juga..huuuuhu.

.....................................................................................................................................................

Pada 20 Mei 2011 yang lalu bersamaan hari mulia penghulu segala hari,Jumaat telah diadakan Majlis Pelancaran Album Berjalan Tanpa Henti – Devotees bertempat di Restoran Puteri Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Majlis juga diadakan bersempena ulangtahun ke-6 Devotees di persada seni tanahair.


Kira- pukul 2.40 petang beberapa wakil media sudah kelihatan. Sempat ditemuramah oleh krew2 Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, TV AlHijrah dan Portal Gua. Majlis telah dimulakan pada pukul 3.15 petang oleh pengacara jemputan, seorang selebriti TV3 yang tidak asing lagi iaitu Fedtri Yahya. Fedtri memang professional dalam mengendalikan majlis diselangi jenaka-jenaka sopan yang kelakar. Tema untuk majlis pada hari itu ialah ungu+ putih (ala-ala majlis perkahwinan)..cantikk…terpesona.seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Saudara Shauqi (Devotees) bagi mendapat keberkatan dari-Nya.


Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Azhar selaku Pengarah urusan Ez Qurban merangkap Penerbit Eksekutif album BTH . Ustaz Azhar adalah insan yang sangat berjasa kepada Devotees, kerana tanpa beliau album BTH mungkin tidak dapat direalisasikan. Seterusnya majlis ucapan daripada tetamu kehormat, Ir. Ahmad Jais Alias, CEO Koperasi Muslimin Malaysia. Dalam ucapannya, beliau berpesan supaya nasyid mengutamakan 2 elemen yang paling penting iaitu cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Selepas 2 elemen itu, barulah dimasukkan elemen2 lain. Selesai ucapa, beliau merasmikan majlis ini. Nperasmian dilakukan dengan menggunakan iPad2.


Devotees & album terbaru mereka.


Acara seterusnya ialah memotong kek. Kemudian sesi fotografi bersama tenaga-tenaga produksi Along Exists, Salleh Brotherz dan abg Taufik Nordin. Yasin dan Dakmie tidak dapat hadir. Majlis diteruskan dengan persembahan 3 buah lagu daripada album BTH iaitu BTH, Don't Walk Away dan Bersama akustik. Selesai persembahan, majlis diteruskan dengan sidang media ringkas. Devotees telah ditemubual oleh Galaksi TV9, Melodi TV3 dan Diva TV1. Majlis tersebut selesai kira-kira pukul 6.00 petang.


upacara memotong kek...kek yg sedap :)


p/s: Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album ‘Berjalan tanpa Henti’ edaran Wahyu Suci dan Erama di pasaran..

No comments:

Post a Comment