Monday, May 16, 2011

HEPY TEACHERS DAY

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

.........................................................................................................................................................................

Assalamualaikum.


16 Mei adalah tarikh yang 'familiar' bagi yang bergelar guru dan pelajar.

Tarikh keramat, penghargaan kepada insan yang bergelar GURU, insan yang banyak berjasa kepada masyarakat dan ummahnya. segala jasa dan pengorbanan guru sungguh banyak dan tidak terkira dan terbalas..hanya Allah yang dapat membalasnya.i.Allah.ameen.


setiap insan yang berjaya hari ini adalah tidak bukan lagi keraa didikan seorang guru..bagaimana hendak berjaya tanpa guru?sebab untuk menuntut ilmu kena ada guru..untuk beri tunjuk ajar..begitu mulia tugas seorang guru..


sedar tak sedar aku bakal seorang guru..insya Allah.hal ini tidak pernah terlintas di benak fikiran sewaktu 10 tahun yang lalu..semoga aku dapat menjadi seorang guru iaitu bukan setakat muallim tp muaddib dan murabbi.bukan hanya mengajar tetapi mendidik,membimbing anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat,negara dan agama.insya Allah.


SELAMAT HARI GURU kpd SEMUA guruku:


SKDP, Maahad Syamsul Maarif PC, CENFOS IIUM, INSTED IIUM

tq to all of u..terima kasih cg atas segalla ilmu yg diberikan..SYUKRAN

No comments:

Post a Comment