Friday, December 18, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431H

Assalamualaikum...
alhamdulillah,bersyukur kita kepada ALLAH kerana kita masih dipanjangkan usia melangkah ke tahun baru 1431H.Melangkah ke tahun baru mengingatkan kita kepada peristiwa bersejarah kepada umat Islam iaitu peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w dari Mekkah Mukarramah ke Madinah al Munawwarah.

Hijrah membawa maksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yg lain atau perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yakni dari keadaan yg tidak baik kepada keaadan yg baik.

Sama-sama kita berdoa utk mendapat keampunan dan kerahmatan serta penambahab iman serta taqwa pada tahun baru;1431H.Akhir kata, mulakanlah dengan azam baru bagi menempuh dugaan pada tahun baru ini dgn kesabaran yg tinggi.
salam maal hijrah buat semua umat islam di seluruh dunia.....

No comments:

Post a Comment