Monday, May 16, 2011

HEPY TEACHERS DAY

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

.........................................................................................................................................................................

Assalamualaikum.


16 Mei adalah tarikh yang 'familiar' bagi yang bergelar guru dan pelajar.

Tarikh keramat, penghargaan kepada insan yang bergelar GURU, insan yang banyak berjasa kepada masyarakat dan ummahnya. segala jasa dan pengorbanan guru sungguh banyak dan tidak terkira dan terbalas..hanya Allah yang dapat membalasnya.i.Allah.ameen.


setiap insan yang berjaya hari ini adalah tidak bukan lagi keraa didikan seorang guru..bagaimana hendak berjaya tanpa guru?sebab untuk menuntut ilmu kena ada guru..untuk beri tunjuk ajar..begitu mulia tugas seorang guru..


sedar tak sedar aku bakal seorang guru..insya Allah.hal ini tidak pernah terlintas di benak fikiran sewaktu 10 tahun yang lalu..semoga aku dapat menjadi seorang guru iaitu bukan setakat muallim tp muaddib dan murabbi.bukan hanya mengajar tetapi mendidik,membimbing anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat,negara dan agama.insya Allah.


SELAMAT HARI GURU kpd SEMUA guruku:


SKDP, Maahad Syamsul Maarif PC, CENFOS IIUM, INSTED IIUM

tq to all of u..terima kasih cg atas segalla ilmu yg diberikan..SYUKRAN

Saturday, May 14, 2011

Artis ke?

Assalamualaikum…

Firstly,saya nak ucapkan selamat kembali , ‘welcome back to IIUM’ utk diri sendiri dan kawan-kawan yg ambil shortsem (Mei-Julai 2011).Setelah bercuti 3 minggu, sekarang masa untuk belajar kembali.WELCOME.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Artis ke?

Hm, apa la yg nak saya ceritakan pada kali ni ye.artis?sape tu?apa kena mengena dengan saya?ha, macam ni ceritanya.suatu hari,saya ber ‘chating’ dengan trainer saya thru fb .tetiba my trainer tu tanya la…
Trainer: awak artis UIA ke?


Saya: ha? Apa maksudnya?
(saya mula memikirkan kenapa trainer saya tiba-tiba tanya soalan macam tu kat saya,tunggu jawapan dari trainer)

Trainer: nasyeed UIA..

Saya: ooo..x la.saya Cuma handle society je (Nasyeed Club IIUM)
(dalam hati saya,hm mesti dia baca kat info fb saya sebab saya ada statekan work at Nasyeed Club IIUM,tekaan saya la..)

Trainer: oooo

Saya: kenapa Tanya?

Trainer: sebab ada gambar kawan saya (dalam photo album fb saya),devotees


Saya: devotees?ooo…saya minat kumpulan devotees..dah lama pun,sejak sekolah lagi.

***************************************************************************************************************

Rupa-rupanya trainer saya tu ingat saya artis sebab ada gambar artis..berkawan dengan artis..so,dia ingat saya pun artis juga la.ish,tak kan la saya jadi artis plak..kalau saya jadi artis, mesti orang terkejut kan..yeke?saya ni peminat je..seorang yg SANGAT meminati DEVOTEES..sejak awal-awal pembabitan kumpulan itu lagi..kat Fb saya memang ada gambr Devotees..kt mana2 ada.kat fon,kat laptop, dlm purse..bla bla…tp gmbar my family pun x ketinggalan..bukan gmbr devotees je.

Hm, setia sungguh saya ni kan? “Kau ni faizah,dari dulu lagi,asyik devotees je..sampai la sekarang dh masuk U pun..(6 tahun),tak habis2 dengan Devotees”..kata kawan2ku..saya hanya tersenyum.
Ok,untuk pengetahuan kawan2, saya agen pengedaran album terbaru Devotees- Berjalan Tanpa Henti..kepada pelajar2 UIAM atau yg berada sekitar UIA atau orang Kelantan atau siapa pun anda,pelajar mana2 pun,(sbb saya travel 1 Malaysia) boleh dapatkan album tersebut dari saya.anda boleh emelkan di wafa_izzah@gail.com .(promote2 ) heehe.selain tu, saya juga akan terlibat dengan program pelancaran album Devotees- Berjalan Tanpa Henti pada 20 Mei akan datang ni..semoga segala pekerjaan dipermudahkan.amin..

Hah,berbalik kepada tajuk entri saya,artis ke? Jawapannya TIDAK.. jangan salah faham ye..saya bukan artis.Cuma berkawan dengan artis, dan menguruskan program atau ‘society’ yg berkitan dengn artis dan muzik..saya baru sahaja dapat peluang ini.untuk menjadi artis, sekadar artis untuk ‘dia’ yg bergelar SUAMIku sahaja..hehe..hm,setakat ini saja..wallahu’alam.wassalam.




Saturday, April 16, 2011

Metafora~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah final exam sem 2 2010/2011 pada 14/4 yg lalu..segalanya berjalan dgn lancar walaupun pada mulanya tak berape nak berjalan..haaa.macam-macam perasaan before exam,tak pegi exam la,nak amik special exam ..aishh,,,apa-apa la....exam saya start 31/3 hingga 14/4..Insya Allah akan pulang menemui bonda dan ayahanda serta keluarga ercinta lagi tersayang pada malam ini (16/4),doakan keselamatan saya ye..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

~Metafora~

Sekerat akar mampu kuhulur padamu,
disaat dikau terkapai dan kelemasan
di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
katamu kau tak bisa berenang ke sana

engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
setelah aku mendegar lirih ratapmu
harumnya sekuntum melati di embun nan pagi
sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan PERSAHABATAN

tersasar aku di dalam mentafsir
aksara kejujuran dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
terlalu naif untuk kufahami
metafora puisi dust dan personafikasi..

sukarnya untuk aku membuktikan
kebenaran yang berpihak padamu
kerna peluang langsung tiada padaku.

sedarlah aku erti senyuman
ada dendam yang tidak pernah padam
pada lirik matamu ada pedang tajam yang menerjam..

terima kasih atas pengalaman itu
mengajar aku kembali mengenal diri
terpaksa lagi menyusuri diri jalan-jalan sepi
masih bisakah kutemui sekuntum melati
mewangi yang tidak berduri.

by: NICE


Lirik lagu di atas mengisahkan kecurangan dalam persahabatan iaitu seorang sahabat sanggup menikam sahabatnya dari belakang.nauzubillahi min zalik.disangka sahabat itu adalah seorang yang boleh dipercayai namun sebaliknya yang berlaku.banyak juga kes2 sebegini berlaku disekeliling kita tanpa disedari..ada yang depan sahabatnya baik,diberi segalanya untuknya namun dibelakang sahabatnya dia memburukkan sahabatnya..segala kebaikan untuk sahabatnya itu adalah tidak ikhlas.orang ini juga sering mengungkit tentang kebaikannya dan segala pemberiaanya kepada sahabatnya.sahabatnya telah mempercayainya seratus peratus namun tidak disangka orang ini sanggup menipunya dan memburuk-buruknya sahabat.sahabat jenis apakah ini?konsep bersahabat ialah amanah,saling percaya mempercayai antara satu sama lain dan menjaga kehormatan sahabatnya..janganlah kita menjatuhkan seseorang lebih2 lagi sahabat sendiri kerana suatu hari nanti mungkin sahabat itu diperlukan.


"Hargailah orang disisi,sayangi bila bersama,
maafkan bila terluka,rindulah bila berjauhan,
fahamilah bila keliru,nasihatilah bila terleka,
ingatilah bila kesunyiaan.."


p/s: lagu ini menjadi lagu kesukaan saya dan 'roomate'..best muzik lagu ni :-)


Wednesday, March 30, 2011

KONSERT KESENIAN ISLAM '11



Assalamualaikum...
First of all, i wish all of u (IIUM Student) good luck for your final exam. do the best.

Allah doesn't require us to Be the Best, HE just wants us to Do your Best and HE will take care of the rest!! InsyaAllah success with us. :-)


KONSERT KESENIAN ISLAM '11..

Alhaamdulillah, saya berkesempatan menghadiri konsert tersebut yg telah diadakan pada 28/3/2011 (Isnin) di Akademi Pegajian Islam UM. di saat sibuk prepare utk final exam,sempat lagi kan..hee :-) .yela,study2 jg, tapi jgn paksa kalau tak masuk..:-) . sbb ilmu ni cahaya, nuur..

jadi,hari tu decide last minit pergi UM, itupun disebabkan ada org yg nk bawa kami ke sana,kalau tak,tak pergi pun..


Syukur, segalanya dipermudahkan. mlm tu kami (saya+1 org kwn) rasa sangat bertuah, dilayan bagaikan VIP...VVIP pun boleh..mula dari sampai di Dewan Kuliyah APIUM,disambut oleh sahabat UM (tq to Nab n Nona), seterusnya dibawa masuk ke dalam dewan di seat hadapan..caya la...mmg very important..dekat konsert kt UIA pn saya tak dapat seat depan.lps tu mereka sediakan makanan ckit..terharu la dgn sahabat saya ni..alhamdulillah.


Ok, antaranya artis yg terlibat ialah Saujana,Devotees,Feelhoney,Elhamz & Che FArhan. Feelhoney,Elhamz & Che FArhan adalah penasyid Indie..Feelhoney & Elhamz adalah pelajar UM dan berasal dari negeri di bawah bayu..Devotees menyampaikan 4 buah lagu iaitu 3 dari album baru (Haadirnya cahaya S.A.W, berjalan tanpa henti & don't walk away) dan TIka Dinihari.. semuanya best..tak rugi pergi.. :-)


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh

langkah demi langkah akan kugagah

Hari demi hari berjalan tanpa henti

Yakin ku ada sinar yang menanti..













Friday, March 11, 2011

Promo Devotees - Berjalan Tanpa Henti HQ



Assalamualaikum,salam Jumaat..

Apa khbabar semua?semoga berada dalam keadaan baik2 maklum saja la sekarang ni musim pelajar universiti sibuk,menjelang final exam,ada juga yg masih belum habis presentation,asigment dan lain2 lagi..smg semuanya ok..jgn tension2 ye.ceria2 selalu..jangan mengeluh dgn apa yg menimpa diri kita keran apa yg Allah berikan kpd kita adalah apa yg mampu kita lakukan.Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya.jgn pernah putus asa,berusaha,bersemangat..chayok chayok.

di kesempatan ini saya nk promot album terbaru devotees iaitu Berjalan Tanpa Henti..ha, dgr sahaja tajuk album,dh best.belum dgr lagi..lagu2nya menyampaikan beberapa msg yg baik utk semua,antaranya jgn mudah putus asa atas ap yg menimpa,teruskan usaha.jadi disini anda boleh dgr preview lagu2 devotees yg dimuatkan dlm album Berjalan Tanpa Henti...anda juga boleh mendegarkan lagu2 ini di nasyidFm (radio nasyid online-www.nasyidfm.net) selamat mendegar. :-)

Tuesday, February 15, 2011

INTEAM & UNIQUE- SELAWAT KASIH

~SALAM MAULIDUR RASUL~



Assalamualaikum..
salam maulidur rasul kepada semua muslimin dan muslimat.
marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W...
bg memperingati perjuangan baginda..
Baginda S.A.W merupakan contoh teladan yg tebaik selama-lamanya,tiada siapa dapat tandinginya...contohilah baginda.
jadikan kehidupan baginda S.A.W sbg 'ibrah dm kehidupan kita.
wallahu 'aalam.

-mari hayati lagu 'Binnabi Huda by Unique-