Monday, August 16, 2010

Rindu Ramadhan


Yang tahu persiapkan diri,
Yang rindu tak sabar menanti,
Hadirnya setahun sekali,
Ya Ramadhan...

Keindahan yang tiada tara,
Kemuliaanya tak habis dibicara,
Penuh dengan limpahan maghfirah,
Ya Ramadhan...

Rindu aku rindu,
Rindu pada kedatangan,
Bulan yang padanya keberkatan,
Ramadhan Ya Ramadhan..

Ya Allah tolong sampaikan,
Hajatku untuk berpanjangan,
Nafasku hingga pengakhiran..


Lagu/lirik/susunan muzik : Abd Halim Ahmad 2009
Copyright by Neurotic Studio


p/s: umat dahulu sangat merindui ketibaan Ramadhan..tak sabar2 menanti kedatangan Ramadhan.berbeza dgn umat skrg yg keluh resah bila Ramadhan hampir tiba.risau tak boleh makan waktu lunch hour and so on..renungkanlah n selamat beramal..

Sunday, August 15, 2010

Lamanya....

Assalamualaikum...

Hari ni hari Ahad bersamaan 5 Ramadhan.Dah 5 hari umat Islam menjalani ibadah puasa.selamat berpuasa semua.Harini tetiba je rasa nk menulis.dh lama rasanya tak update blog ni.dh berhabuk blog.jd kena la kemas2 sikit :-). tp x taw nk tulis ap...dh 2 minggu dan nk masuk minggu ke3 sy demam...sepanjang minggu pertama demam,2 kali absent,x g kls (mc).mungkin demam sebab penat sangt,sbb dr minggu pertama,kedua dan ketiga x henti2 ade program.

minggu pertama LKK2 (latihan khas kfasilitatoran) utk ahli AF.mcm biasa LKK diadakan di kem El-Azhar,Morib selama 3hari 2 malam.seterusnya minggu ke2 (semester 1 2010/2011) ke Pangkor,Perak utk Program Motivasi Pembentukan Identiti Muslim (PMPIM).pada minggu ke 3 plak ke SK USJ 20,USJ,menjadi fasi utk pljr tahun 5 selama sehari shj..minggu ke 4??x kemana2.xde program hanya abiskan masa di UIA..nk kata rehat, x jugak..hm,siapkan minit meeting n database komiti utk program i-MEF yg akan berlangsung masa CONVEST nanti..(i.Allah nt akn diceritakan dgn lebih lanjut pd masa akn datang)sy telah di amanahkan menjadi setiausaha..huh,x pernah2 jd s/u tuk event yg besar...adoi,rasa mcm2 la.sangt bnyk keje.ms tu rs nk resign je..huh.

ok,setakat ni saje buat kali ni..tulis sikit2 sudah...sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kpd semua umat islam di seluruh pelusuk dunia..RAMADHAN KARIIM...sahabat2 sekalian,mohon maaf jika ada salah dan silap yg pernah saya lakukan..doakan kesihatan saya..syukran..wassalam.

Saturday, June 19, 2010

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku,tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah,
ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku,
Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku,
Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya


Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Thursday, June 10, 2010

Bersukan di Hujung Minggu.

Assalamualaikum..

SRC Traditional Games Carnival 2010




Alhamdulillah,akhirnya kami (sports & culture sectariat IIUM) berjaya mengadakan program kami iaitu SRC Traditional games Carnival 2010 pada 5 Jun 2010 yg lalu bertempat di Stadium Saidina Hamzah,UIA.alhamdulillah,syukur,setelah bertungkus lumus buat segala persediaan,akhirnya berjaya.Terima kasih di ucapkan kepada rakan2 komiti yg lain kerana memberi kerjasama.Kerjasama itu penting dlm melakukan sesuatu pekerjaan.apa yg penting?kerjasama..(wonderpet)hu.Terima Kasih gk di ucapkan kpd semua peserta yg hadir..program hari tu sangat seronok,meriah n happening.sy sangat berpuas hati.Tq to all.

Thursday, June 3, 2010

TRADITIONAL GAME CARNIVAL 2010


Antara permainan yg menarik ialah:
*baling selipar
*galah panjang
*sepak raga
*tarik upih
*bola beracun
*tarik tali
*kabadi

tarikh: 5 Jun 2010 (Sabtu)
masa: 7.30 pagi - 12 tghri
tempat: Stadium Saidina Hamzah, UIA

daftar segera di booth src di hadapan bank islam!!
yuran pendaftaran hanya RM3
sijil dan makanan pagi disediakan

BERSUKAN MENYIHATKAN BADAN

Saturday, May 29, 2010

Musibah..


Anggaplah musibah itu ringan tentu ia menjadi ringan.


Jgnlah memandang musibah kamu itu sebagai musibah yg terbesa,tp lihatlah musibah yg menimpa org lain yg kadang kala lebih besar darimu.Di situ kamu akan mendapati musibah yg menimpa kamu bagaikan setitis air di lautan apabila dibandingkan dgn musibah yg menimpa mereka.


jadi,apabila tangan kamu patah,maka lihatlah org yg sudah putus tangannya.Jika harta kamu hilang,maka lihatlah org yg tidak mendapatkan makanan utk dirinya sendiri atau keluarganya.Jika kamu sakit selama sebulan atau dua bulan,maka lihatlah org yg sakit berterusan.Jika kamu kehilangan salah seorang anak lantaran meninggal dunia,maka lihatlah org yg kehilangan seluruh anak dan keluarganya dalam satu tragedi atau musibah.


Jika kamu merasakan itu,kamu pasti sedar bahawa ada org yg lebih kuat imannya dan lebih besar redhanya dari kamu.Ini akan menjadi motivasi kpdmu utk menelusuri dan mengikut jejak langkah mereka supaya kamu memperoleh ganjaran pahala yg telah mereka perolehi dan mencapai kedudukan yg telah mereka capai.


tirulah jika kamu ingin seperti mereka
meniru tokoh agung mereka suatu kemenangan


Ibn al-Jauzi berkata,"Barangsiapa yg mendapat cubaan lalu dia ingin menghilangkannya,maka anggaplah cubaan itusebagai musibah yg ringan,bayangkanlah pahalanya dan renungilah musibah yg lebih besar daripada itu.Dengan cara ini dia mampu segera menghilangkan fikiran buruk dalam dirinya.


Anggaplah cubaan itu segera hilang kerana tanpa penderitaan tentu tidak ada ketenangan yg diidamkan.Ketahuilah bahawa dugaan sama seperti tetamu yg patut dihormati,maka periksalah keperluan tetamu tersebut pada setiap saat.dengan cara itu,musibah akan segera dapat ditangani.Alangkah indahnya pujian yg diberikan tetamu di hadapan khalayak ramai dan menceritakan kebaikan tuan rumah di hadapan org lain.


Demikian pula seorg mukmin ketika berada dlm kesusahan.Dia sebaiknya memuhasabahdirinya..apa yg telah dia lakukan samaada pernah menyakiti org lain tanpa sedar atau pun tidak.


Redhailah di atas musibah yg menimpa diri.Sesungguhnya musibah itu mengajar kita erti kehidupan.Juga ia merupakan kafarah dosa2 lalu.


Wallahua'alam..

Saturday, May 15, 2010

HAPPY TEACHER'S DAY

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
kerana malamgelap
Dan bintanghilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Aku kini rindu
Pada satu nama yg berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Kupohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku




SELAMAT HARI GURU ditujukan buat :
  • my lovely mum
  • guru2 ku semasa menuntut di Sk.Desa Pahlawan
  • cikgu2,ustaz,ustazah sek Maahad Syamsul Maarif PC
  • lecturers CFS IIUM (ust Majid,ustzh Mazlina,ustzh Madiha,Ust Maad,ust Yunus & ..)
  • lecturer IIUM (especially lecturer INSTED-Dr Ariffin,Sir Abbas & ;...)

Siapalah kita tanpa guru
Kerana guru,adanya seorang doktor
Kerana guru,lahirnya seorang engineer
Kerana guru adanya seorang perdana menteri.
Segalanya adalah kerana seorang insan yg bergelar GURU
GURUpenyuluh kegelapan hidup...

terima kasih CIKGU..