Its all about Faizah Wnf...her loves,experiences,hobbies,activities and so on. She never force people to read her writings.if you want to read,read.if you dont want to read,just go.
Assalamualaikum dan selamat bercuti
kepada semua pekerja (Hari Pekerja).
dah lama rasanya tidak mencoretkan apa-apa di sini.almaklumlah tiada
berkelapangan.
cuti hari ini meringankan jari jemari menekan papan-papan keyboard yang lembut
ini.
diam tak diam, sedar tak sedar dah berakhir bulan April.
Bulan April adalah bulan yang banyak
menguji tahap kesabaran, ketabahan..Alhamdulillah akhirnya berjaya melalui
dugaan-dugaan tersebut.Syukran Ya Allah.
Banyak aktiviti, program dan ditambah pula dengan tanggungjawab seorang pelajar
iaitu assingment, homework, research,exam,presentation dan
sebagainya...akhirnya aku berjaya menghadapi semua ini.
Untuk post kali ini saya ingin berkongsi tentang aktiviti dan program-program
yang dilakukan sepanjang bulan April yang lalu..Antaranya ialah:
1) Pesta Pantun MAKUM 2012 : 27 - 29 April 2012 (baru sahaja melabuhkan tirai)
2) Malam Pantun Education (EDU FEST)
: 19 April 2012
3) Workshop on Teachers' Grooming (EDU FEST) : 18 April 2012
4) Nasyeed Gala 2012 : 12 April 2012
5) Praktikal Outing Skill Recreation 2 : 13 - 15 April 2012
dan program yang tidak dapat di hadiri ialah Konsert Anugerah
Nasyeed.Com..sememangnya itulah yang ditunggu-tunggu namun tak tercapai..
layang-layang terbang tinggi
terbang bebas di angkasa raya
kita merancang setiap hari
Hanya Allah penetap segala
:: NASYEED GALA ::
Alhamdulillah, pada 12 April yang lalu Nasyeed Club Berjaya mengadakan satu
pertandingan nasyid peringkat university iaitu “Nasyeed Gala”. Pertandingan ini
mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar UIA Gombak yang sememangnya
suka akan hiburan yang mendidik jiwa. Nasyeed Gala ini diadakan untuk
mengembangkan bakat-bakat pelajar UIAM dalam bidang nyanyian..ternyata pelajar
UIAM mempunyai bakat besar tersebut.
Program ini buat pertama kalinya diadakan di sebuah dewan besar iaitu ‘Main
Auditorium’ UIAM. Jika sebelum ini Nasyeed Gala diadakan di Convest Hill
bersempena Pesta Konvokesyen namun kali ini berlainan pula. Program ini dianjurkan
dengan kerjasama dari Mahallah Zubair.
Antara hakim yang mengadili pertandingan itu ialah Fitri Haris (Ex-UNIC), Halim
Devotees dan Muhammad Devotees. Program ini juga telah dihadiri oleh Principal
Mahallah Zubair. Antara pemenang pertandingan ini ialah Kumpulana Nasyeed Lemak
(dari Indonesia), Saudara Mohd Sallehudin dan tempat ketiga kumpulan
GIB.tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemenang dan peserta (anda
semua adalah pemenang). Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada semua
komiti yang membanting tulang menjayakan program ini.T.A.H.N.I.A.H !!!!!
berjumpa kita di Nasyeed Gala 2013…
bersambung...lihat gambar di bawah :)
penonton yang hadir
Kumpulan GIB
Kumpulan Nasyeed Lemak (Juara)
Duet Pak Bilal Masjid UIAM
Bersama Ketua Hakim; Fitri Haris
Special Performance dari Halim Devotees
Pemenang tempat ketiga - Kumpulan GIB
Juri2 profesional; Fitri Haris, Muhammad Devotees & Halim Devotees
Solo yang memenangi tempat kedua
Kumpulan SOTS (Soul of the Soldier)
Bersama Juri dan Pengacara; Muhammad Devotees dan Dj Firdaus NasyidFM
Assalamualaikum selamat berehat di hujung minggu..
Hujung minggu ni ambil kesempatan mencoret sesuatu di sini..
Hari2 biasa busy dengan tanggungjawab, biasalah dah lumrah hidup..selagi mata tidak tertutup, jantung masih berdengup, maka selagi itulah kita mempunyai tanggungjawab.
pada kali ini saya ingin kongsi sedikit lagu iaitu "Muhasabah Cinta" by Edcoustic (lagu femes).
Lagu ni sering dibawa oleh kumpulan Nasyeed UIA (IIUM Nasyeed Club) jika ada show..
beberapa hari yang lepas ada student contact saya nak minta minus one lagu ni..dia tahu saya management team (mainboard) IIUM Nasyeed Club, so dia minta la dari saya. katanya nk pinjam minus one lagu Nasyee Club (boleh plak pinjam2, pelik juga saya tetiba je). then saya tanya la nak lagu apa? (kenapa la dia tak cari sendiri, hm dia ingat Nasyeed Club ni pengumpul minus one la..huuu)..minus one lagu tu ada je kat internet, so boleh download sendiri (maybe dia tak tahu..tak pe la, kita tolong). and lastly saya bagi la minus one tu kt dia..selain daripada sister ni ada juga sebelum2 ni orang lain yang minta minus one dari kami.kami ni bukan sesuka hati boleh bagi minus one kat orang..ada minus one yang saya dapat dari artis sendiri (yang tak boleh di download di mana2 pun), jadi kalau hal begitu kami tak akan bagi kepada orang sesuka hati (sebab itu copyright,tanggungjawab kami menjaganya)..
Itu cerita pasal minus one..jom hayati lag ini sebentar.
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Tuhan baru kusadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini ku harapkan cinta Mu
Ok, kita selalu lupa akan nikmat yang kita dapat dan ada, setelah kehilangannya baru sedar..
Pada bulan lepas saya telah melawat seorang sahabat yang dimasuki hospital kerana pembedahan 'Appendiks'.dia tidak dibenarkan makan beberapa hari..melihat keadaannya timbul rasa insaf dan terkenang akan nikmat sihat yang telah diberi oleh Allah, menambahkan rasa syukurku..jadi, bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi dari-Nya..jaga kesihatan untuk mendapatkan kehidupan yang sihat..SIHT SEBELUM SAKIT~ alhamdulillah, sahabat saya itu telah kembali meneruskan pengajian namun keadaannya tidak sembuh sepenuhnya (banyak benda kena pantang)..semoga sahabatku cepat sembuh dan tabah mengharungi liku2 hidup...
Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, Kenapa engkau panjang sangat? Macamana aku tak panjang, Kerbau tak makan aku.
Katak oh katak, Kenapa panggil hujan? Macamana aku tak panggil, Ular nak makan aku.
Ular oh ular, Mengapa nak makan katak? Macamana aku tak makan. Memang makanan aku.
Sapa tak tahu lagu ni?tak pernah dengar?bukan orang malaysia la tu..ni lagu tradisional orang Melayu dulu-dulu.budak2 dah diajar dan didengarkan lagu ni sejak kecil lagi.so, imposible la orang melayu tak tahu.tapi setakat mana kamu tahu?fahamkah dengan lirik2 maksudnya?tentang apakah lagu ini sebenar?adakah anda tahu?
ok, mai ceq ceghita cikit la..jika diperhatikan betul2 lagu ni mengambarkan sekumpulan orang or haiwan ke apa entah yang suka menyalahkan orang lain..atau lebih tepat tidak mengaku kesalahan dirinya malah menyalahkan orang lain pula..klau tak percaya cuba dengar video lagu tu semula..dengar baik2 ye..
walaupun dalam lirik itu menggunakan watak haiwan dan tumbuhan, namun mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah manusia,orang.penulis @ pencipta bait kata2 itu tidak menggunakan perkataan 'manusia @ orang' supaya sindiran tidak nampak begitu ketara, juga untuk menjaga hati manusia.hal ini kerana manusia khususnya orang melayu seorang yang baik hati iaitu sentiasa menjaga hati dan berlembut.
Lagu ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.
Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.
Jadi,apa yang penting ialah mengaku kesalahan diri sendiri.kemudian yakin akan kekutan2 yang ada pada diri.
sedang mengemas2 barang, tetiba terjumpa gambar ini..pastu saya scan..maka wujud la gambar ni..hee :) gambar pada tahun 2006 or 2005..tak sure sangat.dah lupa.gambr ni ehsan kawan baik saya yang juga meminati nasyid.semua kawan saya tahu saya meminati Devotees ni, so kredit to my friend, 'nona' bukan nama sebenar.hm,dah lama juga la saya meminati Devotees.sejak zaman sekolah hingga sekarang, hampir 6 tahun..ok, smg Devotees terus sucsess dlm kerjaya dan industri nasyid.good luck :)
Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua
Seerat simpulan yang tidak terbuka Seteguh langit tinggi menongkah dunia Kita mengharung badai atas nama Kasih insan bersaudara
Buang yang keruh ambil yang jernih Dendam hasad dengki mestilah dijauhi Marilah contohilah Rasullulah Di dalam bersahabat Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan Bina keharmonian
Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua
Good Luck for Final Exam!!! Do the best.. kejayaan takkan tercapai tanpa usaha + doa + tawakal.. sesibuk mana pun study jangan abaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada-Nya. jaga hubungan dengan Allah, berdoalah kepadanya dan jangan lupa mohon restu dari kedua ibu bapa ( jom balik rumah) :) wallahualam..salam.