Tuesday, May 1, 2012

Cerita APRIL part 1

 Assalamualaikum dan selamat bercuti kepada semua pekerja (Hari Pekerja).

dah lama rasanya tidak mencoretkan apa-apa di sini.almaklumlah tiada berkelapangan.
cuti hari ini meringankan jari jemari menekan papan-papan keyboard yang lembut ini.

diam tak diam, sedar tak sedar dah berakhir bulan April.
Bulan April adalah bulan yang banyak menguji tahap kesabaran, ketabahan..Alhamdulillah akhirnya berjaya melalui dugaan-dugaan tersebut.Syukran Ya Allah.
Banyak aktiviti, program dan ditambah pula dengan tanggungjawab seorang pelajar iaitu assingment, homework, research,exam,presentation dan sebagainya...akhirnya aku berjaya menghadapi semua ini.

Untuk post kali ini saya ingin berkongsi tentang aktiviti dan program-program yang dilakukan sepanjang bulan April yang lalu..Antaranya ialah:

1) Pesta Pantun MAKUM 2012 : 27 - 29 April 2012 (baru sahaja melabuhkan tirai)
2) Malam Pantun Education (EDU FEST) : 19 April 2012
3) Workshop on Teachers' Grooming (EDU FEST) : 18 April 2012
4) Nasyeed Gala 2012 : 12 April 2012
5) Praktikal Outing Skill Recreation 2 : 13 - 15 April 2012

dan program yang tidak dapat di hadiri ialah Konsert Anugerah Nasyeed.Com..sememangnya itulah yang ditunggu-tunggu namun tak tercapai..

layang-layang terbang tinggi
terbang bebas di angkasa raya
kita merancang setiap hari
Hanya Allah penetap segala

 :: NASYEED GALA ::

Alhamdulillah, pada 12 April yang lalu Nasyeed Club Berjaya mengadakan satu pertandingan nasyid peringkat university iaitu “Nasyeed Gala”. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar UIA Gombak yang sememangnya suka akan hiburan yang mendidik jiwa. Nasyeed Gala ini diadakan untuk mengembangkan bakat-bakat pelajar UIAM dalam bidang nyanyian..ternyata pelajar UIAM mempunyai bakat besar tersebut.

Program ini buat pertama kalinya diadakan di sebuah dewan besar iaitu ‘Main Auditorium’ UIAM. Jika sebelum ini Nasyeed Gala diadakan di Convest Hill bersempena Pesta Konvokesyen namun kali ini berlainan pula. Program ini dianjurkan dengan kerjasama dari Mahallah Zubair.

Antara hakim yang mengadili pertandingan itu ialah Fitri Haris (Ex-UNIC), Halim Devotees dan Muhammad Devotees. Program ini juga telah dihadiri oleh Principal Mahallah Zubair. Antara pemenang pertandingan ini ialah Kumpulana Nasyeed Lemak (dari Indonesia), Saudara Mohd Sallehudin dan tempat ketiga kumpulan GIB.tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemenang dan peserta (anda semua adalah pemenang). Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada semua komiti yang membanting tulang menjayakan program ini.T.A.H.N.I.A.H !!!!!

berjumpa kita di Nasyeed Gala 2013…

bersambung...lihat gambar di bawah :)



penonton yang hadir

Kumpulan GIB

Kumpulan Nasyeed Lemak (Juara)
Duet Pak Bilal Masjid UIAM
Bersama Ketua Hakim; Fitri Haris

Special Performance dari Halim Devotees
Pemenang tempat ketiga - Kumpulan GIB
Juri2 profesional; Fitri Haris, Muhammad Devotees & Halim Devotees

Solo yang memenangi tempat kedua

Kumpulan SOTS (Soul of the Soldier)

Bersama Juri dan Pengacara; Muhammad Devotees dan Dj Firdaus NasyidFM
Komiti yang cool :)



untuk melihat gambar lain2 sila LIKE official page: https://www.facebook.com/iiumnasyeed


No comments:

Post a Comment