Assalamualaikum selamat berehat di hujung minggu..
Hujung minggu ni ambil kesempatan mencoret sesuatu di sini..
Hari2 biasa busy dengan tanggungjawab, biasalah dah lumrah hidup..selagi mata tidak tertutup, jantung masih berdengup, maka selagi itulah kita mempunyai tanggungjawab.
pada kali ini saya ingin kongsi sedikit lagu iaitu "Muhasabah Cinta" by Edcoustic (lagu femes).
Lagu ni sering dibawa oleh kumpulan Nasyeed UIA (IIUM Nasyeed Club) jika ada show..
beberapa hari yang lepas ada student contact saya nak minta minus one lagu ni..dia tahu saya management team (mainboard) IIUM Nasyeed Club, so dia minta la dari saya. katanya nk pinjam minus one lagu Nasyee Club (boleh plak pinjam2, pelik juga saya tetiba je). then saya tanya la nak lagu apa? (kenapa la dia tak cari sendiri, hm dia ingat Nasyeed Club ni pengumpul minus one la..huuu)..minus one lagu tu ada je kat internet, so boleh download sendiri (maybe dia tak tahu..tak pe la, kita tolong). and lastly saya bagi la minus one tu kt dia..selain daripada sister ni ada juga sebelum2 ni orang lain yang minta minus one dari kami.kami ni bukan sesuka hati boleh bagi minus one kat orang..ada minus one yang saya dapat dari artis sendiri (yang tak boleh di download di mana2 pun), jadi kalau hal begitu kami tak akan bagi kepada orang sesuka hati (sebab itu copyright,tanggungjawab kami menjaganya)..
Itu cerita pasal minus one..jom hayati lag ini sebentar.
Pada bulan lepas saya telah melawat seorang sahabat yang dimasuki hospital kerana pembedahan 'Appendiks'.dia tidak dibenarkan makan beberapa hari..melihat keadaannya timbul rasa insaf dan terkenang akan nikmat sihat yang telah diberi oleh Allah, menambahkan rasa syukurku..jadi, bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi dari-Nya..jaga kesihatan untuk mendapatkan kehidupan yang sihat..SIHT SEBELUM SAKIT~ alhamdulillah, sahabat saya itu telah kembali meneruskan pengajian namun keadaannya tidak sembuh sepenuhnya (banyak benda kena pantang)..semoga sahabatku cepat sembuh dan tabah mengharungi liku2 hidup...



