Wednesday, March 30, 2011

KONSERT KESENIAN ISLAM '11



Assalamualaikum...
First of all, i wish all of u (IIUM Student) good luck for your final exam. do the best.

Allah doesn't require us to Be the Best, HE just wants us to Do your Best and HE will take care of the rest!! InsyaAllah success with us. :-)


KONSERT KESENIAN ISLAM '11..

Alhaamdulillah, saya berkesempatan menghadiri konsert tersebut yg telah diadakan pada 28/3/2011 (Isnin) di Akademi Pegajian Islam UM. di saat sibuk prepare utk final exam,sempat lagi kan..hee :-) .yela,study2 jg, tapi jgn paksa kalau tak masuk..:-) . sbb ilmu ni cahaya, nuur..

jadi,hari tu decide last minit pergi UM, itupun disebabkan ada org yg nk bawa kami ke sana,kalau tak,tak pergi pun..


Syukur, segalanya dipermudahkan. mlm tu kami (saya+1 org kwn) rasa sangat bertuah, dilayan bagaikan VIP...VVIP pun boleh..mula dari sampai di Dewan Kuliyah APIUM,disambut oleh sahabat UM (tq to Nab n Nona), seterusnya dibawa masuk ke dalam dewan di seat hadapan..caya la...mmg very important..dekat konsert kt UIA pn saya tak dapat seat depan.lps tu mereka sediakan makanan ckit..terharu la dgn sahabat saya ni..alhamdulillah.


Ok, antaranya artis yg terlibat ialah Saujana,Devotees,Feelhoney,Elhamz & Che FArhan. Feelhoney,Elhamz & Che FArhan adalah penasyid Indie..Feelhoney & Elhamz adalah pelajar UM dan berasal dari negeri di bawah bayu..Devotees menyampaikan 4 buah lagu iaitu 3 dari album baru (Haadirnya cahaya S.A.W, berjalan tanpa henti & don't walk away) dan TIka Dinihari.. semuanya best..tak rugi pergi.. :-)


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh

langkah demi langkah akan kugagah

Hari demi hari berjalan tanpa henti

Yakin ku ada sinar yang menanti..













Friday, March 11, 2011

Promo Devotees - Berjalan Tanpa Henti HQ



Assalamualaikum,salam Jumaat..

Apa khbabar semua?semoga berada dalam keadaan baik2 maklum saja la sekarang ni musim pelajar universiti sibuk,menjelang final exam,ada juga yg masih belum habis presentation,asigment dan lain2 lagi..smg semuanya ok..jgn tension2 ye.ceria2 selalu..jangan mengeluh dgn apa yg menimpa diri kita keran apa yg Allah berikan kpd kita adalah apa yg mampu kita lakukan.Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya.jgn pernah putus asa,berusaha,bersemangat..chayok chayok.

di kesempatan ini saya nk promot album terbaru devotees iaitu Berjalan Tanpa Henti..ha, dgr sahaja tajuk album,dh best.belum dgr lagi..lagu2nya menyampaikan beberapa msg yg baik utk semua,antaranya jgn mudah putus asa atas ap yg menimpa,teruskan usaha.jadi disini anda boleh dgr preview lagu2 devotees yg dimuatkan dlm album Berjalan Tanpa Henti...anda juga boleh mendegarkan lagu2 ini di nasyidFm (radio nasyid online-www.nasyidfm.net) selamat mendegar. :-)

Tuesday, February 15, 2011

INTEAM & UNIQUE- SELAWAT KASIH

~SALAM MAULIDUR RASUL~



Assalamualaikum..
salam maulidur rasul kepada semua muslimin dan muslimat.
marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W...
bg memperingati perjuangan baginda..
Baginda S.A.W merupakan contoh teladan yg tebaik selama-lamanya,tiada siapa dapat tandinginya...contohilah baginda.
jadikan kehidupan baginda S.A.W sbg 'ibrah dm kehidupan kita.
wallahu 'aalam.

-mari hayati lagu 'Binnabi Huda by Unique-

Wednesday, December 29, 2010

SEBIRU HARI INI-edcoustic



Sebiru Hari Ini
Birunya Bagai Langit Terang Benderang
Sebiru Hari Kita Bersama Disini

Seindah Hari Ini
Indahnya Bak Permadani Taman Surga
Seindah Hati Kita Walau Kita Kan Berpisah

Bukankah Hati Kita Telah Lama Menyatu
Dalam Tali Kisah Persahabatan Ilahi
Pegang Erat Tangan Kita Terakhir Kalinya
Hapus Air Mata Meski Kita Kan Berpisah

Selamat Jalan Teman
Tetaplah Berjuang
Semoga Kita Bertemu Kembali
Kenang Masa Indah Kita Sebiru Hari Ini


Lagu dan Kord Gitar ” Sebiru Hari Ini “
Artis ” Edcoustic “

p/s: kita semua bersahabat.sesungguhnya org mukmin itu bersaudara
sama2 lah kita berjuang menolong agama Allah.insya Allah

Thursday, December 9, 2010

Kau pergi

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

Artis : FeelHoney
Komposer : Copyright Controlled (originally composed by Beethoven)
Penulis Lirik : Hasbi Hj Muhd Ali (Neurotic Studio)
Susunan muzik : Abd Halim Ahmad (Neurotic Studio)


sahabatku,sudah hampir 4 tahun kau pergi..kau pergi bukan utk seketika,bukan 1 tahun,bukan 2 tahun..tapi kau pergi buat selama-lamanya.sungguh tragis pemergianmu.4 tahun yg lalu kau telah terlibat dgn kemalangan jalan raya iaitu kau di langgar lori sementara kau hanya bermotosikal.sungguh memilukan lagi tempat kejadian adalah hampir dgn rumahmu. 4 tahun yg lalu,sewaktu hendak pulang ke rumah selepas pulang dari sekolah (setelkan urusan kemasukan u) kau telah di langgar oleh sebuah lori yg datang dari arah bertentangan.sungguh Allah lebih menyayangimu..kau pergi meninggalkan keluargamu,sahabat2mu..

sahabatku,kita mengenali semasa kau mula berdaftar masuk ke kelas 4 Kenari.kau merupakan pelajar baru ketika itu yg berpindah ke Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan kerana mengikut ayahmu yg bertukar ke sekolah itu.ayahmu adalah guru penolong kanan hal ehwal murid di sekolah itu. pada tahun yg berikutnya,kita masih sama2 belajar di kelas yg sama iaitu 5 Kenari. begitu juga ketika darjah 6.kita masih bersama menimba ilmu di kelas yg sama.kau merupakan pelajar yg aktif bersukan,kalau bukan hoki,bola sepak..kalau tak silap kau wakil sekolah..ha,ada suatu hari aku,kau dan kawan yg lain pernah kena denda sama2 sebab tak siap kerja sekolah..kita kena denda kat tapak perhimpunan sambil kena siapkan kerja sekolah tersebut.huh ketua pengawas kena denda..sape?kau la..tu kenangan yg tak boleh lupa..sebab sebelum tu kita tak pernah pun kena denda lagi2 ngn cg BM tu,cg tu baik tp tetiba kita kena denda.tu la,tak buat kerja sangat..

Sahabatku, lps darjah 6 kita sama2 bawa diri ke sekolah menengah..kau daftar form 1 di Sultan Ismail College (SIC) manakala aku plak di sekolah agama..masa form 1 tu familyku berpindah rumah yg mn berdekatan dgn rumahmu.namun kita tak pernah bertegur sapa kalau berjumpa.tak macam masa kt sekolah dulu (sekolah rendah).sama2 malu,maklum la dh besar panjang.antara lelaki dan perempuan ada batas pergaulannya.kita hidup berjiran,family aku dan kau sama2 baik antara 1 sama lain.tp aku tak pernah pergi rumah kau...walaupun family aku berkunjung ke rumah kau tapi aku tak sebab malu..aku pernah terfikir,bila la aku akan jejak kaki ke rumahmu...rupa2nya,aku menjejakkan kakiku ke rumahmu utk menatap sekujur badanmu yg tidak bergerak lagi...tak aku sangka..lemah segala urat sendiku saat melihatmu buat yg terakhir.tidak pernah terlintas pun akan ke rumahmu utk melihat jenazahmu..aku telah kehilangan seorang sahabat buat selamanya..sungguh aku tidak percaya...

sahabatku,aku doakan moga dikau aman di sana.moga dikau bersama para solihin..kau sahabatku kau teman sejati...al-fatihah.

Saturday, December 4, 2010

Dia penyembuh luka

Tika titis air mata jatuh ke bumi,
biarlah hanya Allah yang mengetahui,
kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia
kepada hati dan naluri.
Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada
banyak yang melalaikan.
Ujian Allah datang kerana kasih-Nya pada hamba-Nya,
agar iman terus meningkat,
hati semakin dekat,
dn jiwa lebih akrab dengan-Nya..