Monday, May 16, 2011

HEPY TEACHERS DAY

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

.........................................................................................................................................................................

Assalamualaikum.


16 Mei adalah tarikh yang 'familiar' bagi yang bergelar guru dan pelajar.

Tarikh keramat, penghargaan kepada insan yang bergelar GURU, insan yang banyak berjasa kepada masyarakat dan ummahnya. segala jasa dan pengorbanan guru sungguh banyak dan tidak terkira dan terbalas..hanya Allah yang dapat membalasnya.i.Allah.ameen.


setiap insan yang berjaya hari ini adalah tidak bukan lagi keraa didikan seorang guru..bagaimana hendak berjaya tanpa guru?sebab untuk menuntut ilmu kena ada guru..untuk beri tunjuk ajar..begitu mulia tugas seorang guru..


sedar tak sedar aku bakal seorang guru..insya Allah.hal ini tidak pernah terlintas di benak fikiran sewaktu 10 tahun yang lalu..semoga aku dapat menjadi seorang guru iaitu bukan setakat muallim tp muaddib dan murabbi.bukan hanya mengajar tetapi mendidik,membimbing anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat,negara dan agama.insya Allah.


SELAMAT HARI GURU kpd SEMUA guruku:


SKDP, Maahad Syamsul Maarif PC, CENFOS IIUM, INSTED IIUM

tq to all of u..terima kasih cg atas segalla ilmu yg diberikan..SYUKRAN

Saturday, May 14, 2011

Artis ke?

Assalamualaikum…

Firstly,saya nak ucapkan selamat kembali , ‘welcome back to IIUM’ utk diri sendiri dan kawan-kawan yg ambil shortsem (Mei-Julai 2011).Setelah bercuti 3 minggu, sekarang masa untuk belajar kembali.WELCOME.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Artis ke?

Hm, apa la yg nak saya ceritakan pada kali ni ye.artis?sape tu?apa kena mengena dengan saya?ha, macam ni ceritanya.suatu hari,saya ber ‘chating’ dengan trainer saya thru fb .tetiba my trainer tu tanya la…
Trainer: awak artis UIA ke?


Saya: ha? Apa maksudnya?
(saya mula memikirkan kenapa trainer saya tiba-tiba tanya soalan macam tu kat saya,tunggu jawapan dari trainer)

Trainer: nasyeed UIA..

Saya: ooo..x la.saya Cuma handle society je (Nasyeed Club IIUM)
(dalam hati saya,hm mesti dia baca kat info fb saya sebab saya ada statekan work at Nasyeed Club IIUM,tekaan saya la..)

Trainer: oooo

Saya: kenapa Tanya?

Trainer: sebab ada gambar kawan saya (dalam photo album fb saya),devotees


Saya: devotees?ooo…saya minat kumpulan devotees..dah lama pun,sejak sekolah lagi.

***************************************************************************************************************

Rupa-rupanya trainer saya tu ingat saya artis sebab ada gambar artis..berkawan dengan artis..so,dia ingat saya pun artis juga la.ish,tak kan la saya jadi artis plak..kalau saya jadi artis, mesti orang terkejut kan..yeke?saya ni peminat je..seorang yg SANGAT meminati DEVOTEES..sejak awal-awal pembabitan kumpulan itu lagi..kat Fb saya memang ada gambr Devotees..kt mana2 ada.kat fon,kat laptop, dlm purse..bla bla…tp gmbar my family pun x ketinggalan..bukan gmbr devotees je.

Hm, setia sungguh saya ni kan? “Kau ni faizah,dari dulu lagi,asyik devotees je..sampai la sekarang dh masuk U pun..(6 tahun),tak habis2 dengan Devotees”..kata kawan2ku..saya hanya tersenyum.
Ok,untuk pengetahuan kawan2, saya agen pengedaran album terbaru Devotees- Berjalan Tanpa Henti..kepada pelajar2 UIAM atau yg berada sekitar UIA atau orang Kelantan atau siapa pun anda,pelajar mana2 pun,(sbb saya travel 1 Malaysia) boleh dapatkan album tersebut dari saya.anda boleh emelkan di wafa_izzah@gail.com .(promote2 ) heehe.selain tu, saya juga akan terlibat dengan program pelancaran album Devotees- Berjalan Tanpa Henti pada 20 Mei akan datang ni..semoga segala pekerjaan dipermudahkan.amin..

Hah,berbalik kepada tajuk entri saya,artis ke? Jawapannya TIDAK.. jangan salah faham ye..saya bukan artis.Cuma berkawan dengan artis, dan menguruskan program atau ‘society’ yg berkitan dengn artis dan muzik..saya baru sahaja dapat peluang ini.untuk menjadi artis, sekadar artis untuk ‘dia’ yg bergelar SUAMIku sahaja..hehe..hm,setakat ini saja..wallahu’alam.wassalam.